Pernah tak anda terfikir, kenapa ada ayam yang dijual di pasaraya kelihatan berwarna kuning? Jika anda pernah jumpa di pasaraya ataupun dimana sekali pun, ayam yang berwarna kuning kelihatan pelik dari biasa, itu adalah tanda yang sangat jelas supaya anda perlu elak daripada memilih ayam tersebut.
Kulit ayam boleh berubah menjadi warna kekuningan apabila ia telah direndam di dalam rendaman yang tinggi kandungan klorin dan ayam tersebut tidak lagi berada dalam keadaan segar.
Perlu diingatkan, tujuan asal rendaman klorin diwujudkan ialah supaya ia dapat membunuh bakteria-bakteria yang berbahaya seperti E-Coli, Salmonella dan sebagainya.
Tetapi masih ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan rendaman klorin sebagai satu cara supaya ayam tersebut dapat tahan lebih lama daripada biasa.
“Ada ke cara lain supaya ayam tidak direndam klorin dan selamat untuk dimakan?”
Ya ada, caranya ialah melalui mengekalkan suhu dingin optimum 10 darjah celcius supaya ayam sentiasa segar ketika pemprosesan dan ketika dijual.
Sumber: Kedai Ayam Ladangku