Jika sebut berkenaan kedai makan untuk sarapan pagi di Kelantan, pastinya antara lokasi yang popular di sana adalah Ayang Cafe yang terletak di Kota Bharu.
Bukan sahaja makanan dan minuman yang beraneka jenis dijual di sini, tetapi layanan yang diberikan oleh peniaga juga turut mesra.
Seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan Ayang Cafe, Tauke Ayang Cafe yang dikenali dengan nama Kak Ayang sedang berkongsi rezeki bersama pelanggan tercinta yang menyokongnya selama ini.
Berdasarkan video tersebut, didapati Kak Ayang sedang mengira jumlah bayaran pelanggaan-pelanggan dan dalam masa yang sama memberi potongan harga secara terus kepada mereka.
“Semua RM78, bayar RM70 sahaja. RM8 Allah bayar,” katanya dalam video tersebut.
Dengan harga marhaen dan diberi pula potongan harga yang lumayan, Kak Ayang percaya rezeki yang diberikan Tuhan olehnya akan makin berkat dan bertambah jika berkongsi dengan orang ramai.
“Berkongsi rezeki bersama pelanggan tersayang. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan inilah cara kami untuk menghargai para pelanggan Ayang Cafe,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Untuk info, minuman seperti teh o ais dan sirap ais diberikan secara percuma di sini.
Dari pelbagai kuih tradisional Kelantan hingga ke hidangan nasi berlauk pagi yang mantap – semuanya tersedia, anda tinggal pilih sahaja.
Kepada yang berminat untuk berkunjung ke restoran ini, bolehlah datang ke lokasi yang tertera di bawah.