Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kisah Jutawan Lee See Jin, Bagaimana Tokey PREMIER Ini Mendapat Ilham Untuk Menjual Tisu

Kisah Jutawan Lee See Jin, Bagaimana Tokey PREMIER Ini Mendapat Ilham Untuk Menjual Tisu

Kategori: ,
Tokey PREMIER

Tisu jenama PREMIER tidak asing lagi di Malaysia, hampir semua daripada kita pernah mendengar nama dan menggunakan tisu jenama ini bukan?

Namun, pasti ramai yang belum tahu tisu PREMIER ini sebenarnya bukan produk luar negara tetapi ia adalah buatan tempatan, lebih tepat dibuat di sebuah kilang dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Mula dapat ilham di Taiwan

Menurut sumber dari The Edge dan Star, cerita tisu PREMIER ini bermula taukeh syarikat tisu, Lee See Jin pergi ke Taiwan pada tahun 1973.

Ketika sedang duduk sebuah perhentian bas, dia yang pada masa itu tak tahu apa-apa mengenai bisnes. Tiba-tiba, dia ternampak lambakan menggunung kertas terbuang di luar sebuah kilang.

Hairan dengan apa yang dilihatnya, See Jin beranikan diri pergi ke kilang itu dan bertanya pada pekerja di situ tentang apa yang dilihat. Rupa-rupanya kilang itu mengitar semula kertas-kertas terbuang untuk dijadikan kertas tandas dan kertas sembahyang orang Cina.

Kilang itu membeli kertas terbuang dengan harga lapan sen sekilogram sebelum menjadikannya kertas tandas dan menjualnya kembali di pasaran dengan harga RM1.20 sekilogram. Bagi See Jin ini adalah margin keuntungan yang cukup tinggi!

Untung Hanya Diperolehi Selepas Empat Tahun

Apabila pulang ke tanah air, dia menggunakan duit simpanannya sendiri dan dengan bantuan rakan-rakan untuk membeli mesin sebelum memulakan perniagaan mencetak kertas tandas dan kertas sembahyang pada tahun 1979. Namun keuntungan yang diharapkan hanya dapat diperoleh selepas empat tahun kilangnya beroperasi.

Pada tahun 1986, syarikatnya berjaya menembusi pasaran Singapura yang sebelum ini bergantung kepada negara China untuk segmen kertas tandas.

Menyedari syarikat-syarikat dari China akan mengambil masa 10 hari untuk menghantar bekalan kertas tandas ke Singapura setiap kali mendapat pesanan, See Jin cepat-cepat menggunakan lori-lori syarikatnya untuk menghantar kertas tandas syarikatnya ke republik itu.

Ini sekaligus membuatkan dia berjaya menguasai pasaran kertas tandas di sana!

See Jin kemudian mengambil keputusan menghasilkan pula kertas tisu walaupun ketika itu ada satu lagi jenama tisu antarabangsa, Kleenex yang menguasai pasaran.

Lama kelamaan kertas tisu syarikatnya semakin mendapat sambutan dan pada tahun 1995, See Jin menamakan produk tisunya tadi dengan jenama PREMIER.

Sejak daripada itu See Jin tidak berpaling ke belakang lagi dan kini tisu PREMIER telah berjaya menguasai pasaran tisu tempatan serta mula dieksport ke luar negara.

Turut Kongsi Faktor Kejayaan

See Jin mengakui antara faktor kejayaan syarikatnya adalah kerana mereka sangat menitikberatkan kawalan kos hingga dia sendiri hanya tidur di hotel bajet dan naik pesawat kelas ekonomi jika perlu ke mana-mana.

Malah, syarikatnya jugal menjual produk secara terus dengan menggunakan trak-trak mereka tanpa menggunakan khidmat orang tengah yang kelak hanya akan mengurangkan keuntungan yang diperoleh.

Begitu juga daripada segi mesin. Syarikatnya akan membaiki sendiri mesin yang rosak, malah membuat sendiri mesin baru sekiranya perlu, tanpa perlu memesannya dari luar negara.

Mereka juga memproses kertas terbuang untuk dikitar semula bagi mengurangkan perbelanjaan sekaligus dapat menjual produk mereka dengan harga yang lebih rendah berbanding pesaing.

Kini, selain PREMIER, syarikatnya juga menghasilkan produk penjagaan diri seperti tuala wanita jenama Intimate dan lampin pakai buang jenama Diapex.

Jika datang cabaran ekonomi besar manapun, See Jin tahu dia mampu mengharunginya kerana produk syarikatnya seperti kertas tandas, tisu, lampin dan tuala wanita tetap mendapat perminaan yang tinggi.

Buktinya syarikatnya berjaya mengaut pulangan sebanyak RM778 juta pada tahun lalu, keuntungan meningkat hampir RM50 juta berbanding tahun sebelumnya!

Sumber: Syahril A. Kadir

tags: |