Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Bahaya Formalin! Ini Petua Jika Ikan Diawet Dengan Formalin, Sangat Berguna

Shafiqah by Shafiqah
April 17, 2022
in Info, Tips Makanan
4 min read
0 0
0
Bahaya Formalin! Ini Petua Jika Ikan Diawet Dengan Formalin, Sangat Berguna
0
SHARES
35
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Membeli barangan dapur sangat menyeronokkan lebih lagi kalau anda seorang baru belajar memasak, pasti akan pening kepala untuk mengambil tahu jenis ikan kerana itu sangat penting sama ada keadaan ikan itu segar, berkualiti atau tulen tanpa diawet dengan sebarang bahan-bahan terlarang.

BacaJuga

harga ikan

Harga Ikan Pula Dijangka Meningkat Kerana Bekalan Ikan Semakin Kurang

Mei 23, 2022
228
ikan laut

“Kalau Ikan Sakit Perut…”, Pekerja Offshore Bagi Makan Sup Ekor Dengan Udang Masak Merah Kepada Ikan Laut Curi Perhatian Netizen

Mei 19, 2022
432

Jadi, jom terokai tips-tips yang akan dikongsikan dibawah mengenai bagaimana untuk mengenalpasti ikan yang telah diawet dengan Formalin. Sangat berguna kelak untuk anda yang ingin ke pasar membeli ikan.

Kenalpasti Ikan Yang Diawet Dengan Formalin.

Disebabkan ramai yang belum tahu tips mengenalpasti ikan yang dah diawet dgn formalin, maka saya cuba explain based on pengalaman saya sebagai pemborong/peniaga ikan dan penyelidik kimia (Bersara). Formalin terdiri daripada formaldehyde yang dicairkan. Mengikut kajian International Agency for Research on Cancer (IARC), formalin bersifat carcinogenic (penggalak kanser).

Kegunaan formalin adalah utk mengawet mayat dan specimen di hospital, pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri. Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di asia sehinggakan mee kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih2 lg barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak.
Di Malaysia, kita hanya perlu bimbang kepada hasil laut yang dibawa dr luar negara dan ikan2 hasil tangkapan Laut Dalam menggunakan bot C2 (bot besar) yang berada di laut 1-2 minggu untuk mendapatkan bertan-tan hasil laut yg berkemungkinan diawet dgn formalin.

Jadi bagaimana nak kenal ikan yang diawet dgn formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar:

1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.
2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata.
3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.
4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan2 bersisik seperti merah/jenahak/senangin dll).
5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.
6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong slice (ikan besar seperti tenggiri dll).
7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minima. Badan Ikan/seafood tetap kekal keras dari pagi ke petang. (ikan tidak berpengawet perlu diletakkan dlm tong ais utk mengekalkan kesegarannya). Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.
9)Bau – cuba cium bau ikan/seafood yg ingin dibeli. Seafood segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.
10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dlm tempoh yg lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur, dan cepat busuk.
Tips paling mudah, boleh tanya saja kepada penjual, “ikan bot balik hari ke ni bang? jeti mana?” si abang Bangladesh mungkin memberikan senyuman terindah sebagai jawapan. Hakikatnya, hanya sebahagian kecil peniaga sahaja yang sanggup menjual ikan dari bot balik hari kerana kos operasi yg tinggi. Salah satunya Tropika Freshmart di Bangi. Seafood di Tropika Freshmart telah dijadikan bahan research di beberapa research institute dan terjamin bebas formalin.
Jika tiada pilihan dan terpaksa beli ikan tidak segar yang dikhuatiri mengandungi formalin? Guna tips ini. Selepas membersihkan ikan, rendam dengan 10% larutan cuka + air selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan bersih. Mengikut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan kandungan formalin sebanyak 0.109 microgram/ml. Akhir kata, hidangkan makanan yang sihat dan selamat untuk keluarga tersayang. Jauhi formalin kerana ianya memudaratkan kesihatan.
Sekian dari makcik penjual ikan.
Asmah Chem,
Tropika Freshmart Bangi
(Pembekal hasil laut bebas formalin)
Jalan BG 3B/2 seksyen 15 Bandar Baru Bangi
9pg-5ptg setiap hari (jumaat cuti).
FB : Tropika Freshmart
Sesudah anda tiba ke pasar jangan segan silu untuk memeriksa ikan ketika membeli. Ini amat penting agar kita tidak terjerumus dengan penipuan yang dijual yang hanya memikirkan keuntungan daripada kesihatan individu.

Sebagai seorang manusia, kita perlu lah bertanggungjawab dengan sekeliling kita dan apa yang kita cuba lakukan terutama apabila keadaan melibatkan jual beli antara insan yang lain.

Semoga kita lebih berhati-hati!

Kredit: Asmah Chen Via MAHN

Baca Juga: Batuk Berpanjangan? Wanita Ini Kongsi Cara Rawat Batuk Dengan Mudah, Cepat & Berkesan. Petua Dari Pakistan!

Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
free download udemy course
download micromax firmware
Tags: formalinikanpasarPasarayaTips
ShareTweetSend

Related Posts

petua sambal belacan
Info

4 Petua Sambal Belacan Lebih Beraroma, Ikut Petua Ini Pasti Sambal Belacan Lagi Sedap Dan Tahan Lama!

Mei 24, 2022
99
biskut raya
Tips Makanan

Biskut Raya Masuk Angin? Jangan Buang, Ikut Tips ini!

Mei 17, 2022
514
cuka epal
Info

Ini Khasiat Cuka Epal Yang Ramai Tak Tahu, Patut La Diamalkan Sejak Dahulu Lagi

Mei 14, 2022
156
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist