Kita sememangnya menggunakan span untuk membersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu bayi, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur. Namun, tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.
Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, anda perlu menukar span basuh pinggan setiap tiga kali seminggu atau cuci span anda dengan cara yang betul.
Jom ikuti langkah untuk membersihkan span di bawah:
Semoga bermanfaat!