Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Bahaya Makan Telur Ikan Yang Ada ‘Cacing’ Macam Ni? Baca Penjelasan Ahli Kimia Ini

Bahaya Makan Telur Ikan Yang Ada ‘Cacing’ Macam Ni? Baca Penjelasan Ahli Kimia Ini

Kategori:
telur ikan

Baru-baru ini viral satu posting yang mengatakan di mana perlu membuang benda ‘merah’ yang berada di dalam telur ikan. Kerana ianya dipercayai adalah cacing yang ‘kotor’ dan perlu dibasuh sebelum dimasak.

Namun, sejauh manakah kebenarannya? Adakah bahaya jika dimasak dan termakan telur ikan yang dipercayai mempunyai cacing ini? Jom sama-sama baca penjelasan oleh seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim di bawah.

Bahaya Makan Telur Ikan Yang Ada ‘Cacing’ Macam Ni? Baca Penjelasan Ahli Kimia Ini

Merujuk kepada ss di bawah, kelihatannya kantung telur ikan telah didiami cacing parasit jenis roundworm (nematodes).

Normal Ada Cacing Dalam Makanan Laut

Parasit sebegini biasa saja terdapat dalam tubuh makanan laut terutamanya ikan. Rantaian kitaran hidup cacing ini bermula dengan perumah (host) asal iaitu singa laut atau ikan dolfin. Haiwan laut yang dijangkiti ini akan membuang najis yang mengandungi telur cacing. Telur ini akan menetas kepada larva lalu menjadi makanan kepada hidupan laut kecil lain seperti udang dan ketam. Mereka ini pula dimakan oleh ikan.

Larva ini mampu memasuki bahagian badan ikan yang lain melalui saluran pengadaman. Selain daripada larva, cacing parasit dewasa juga boleh memasuki bahagian badan ikan yang lain melalui perut dan mendiami bahagian badan ikan tersebut termasuklah kantung telur ikan (ovari) seperti dalam ss di bawah.

Risiko Kesihatan, Bahaya jika dimakan mentah

Risiko kesihatan daripada parasit dalam makanan adalah kurang jika dibandingkan dengan bakteria. Namun, parasit ini terutamanya dalam bentuk larva boleh menjadi bahaya jika ikan dimakan mentah. Ianya boleh menyebabkan jangkitan parasit anisakiasis pada selaput perut. Antara gejala jangkitannya adalah sakit perut, muntah, pening, cirit-birit, najis berlendir dan berdarah, dan demam.

Apa Perlu Buat Jika Terbeli Yang Ada Cacing?

Jika anda terbeli ikan atau bahagiannya yang mengandungi cacing parasit ini, boleh buang saja cacingnya. Dan jika tidak perasan akan kehadiran makhluk ini, sebenarnya suhu memasak dengan sempurna sudah cukup untuk membunuh parasit ini. Cuma isunya lebih kepada kebersihan dan rasa geli lah.

Nota: Jangan pula keliru cacing dengan saluran darah yang sememangnya jelas terdapat pada telur ikan ya.

Kredit: Dr Fatimah Salim

Baca Juga: Suka Makan Coklat? Ketahui Kebaikan Coklat Gelap Pada Kesihatan. Selepas Ini Cuba Coklat Gelap Pula!

tags: