Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » AWAS! Hentikan Amalan Mengambil Produk ‘Detox’. Ia Boleh Menyebabkan Anda Menghidap Kanser Usus

AWAS! Hentikan Amalan Mengambil Produk ‘Detox’. Ia Boleh Menyebabkan Anda Menghidap Kanser Usus

Kategori:
bahaya detox

Detox atau nama penuhnya adalah detoksifikasi merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. Dan sejak kebelakangan ini, terlalu ramai yang menjual produk detox ini. Tahukah anda bahawa produk detox ini sangat bahaya?

Adakah anda mengamalkan produk detox?  Produk ini akan menyebabkan anda kerap ke tandas untuk “membuang” segala kalori makanan yang anda makan. Produk ini adalah sangat bahaya untuk usus anda. Ia boleh mengundang segala macam penyakit.

Jika anda sudah lama mengamalkan produk detox semata-mata untuk kurus. Sila hentikan. Kerana kesan pengambilan produk ‘detox’ ini akan menyebabkan usus anda menjadi warna HITAM. Usus yang pada asalnya berwarna kuning kemerahan bertukar menjadi hitam akibat sel sel yang telah mati.

Ini mungkin merupakan keadaan usus anda sekiranya amalan pengambilan produk yang mempunyai kesan pelawas secara berpanjangan.

Usus hitam kesan supplement ‘detox’

Produk ‘detox’ yang disangka penyelamat adalah pembunuh secara senyap. Setelah anda mengamalkan produk ini anda mungkin akan mengalami Melanosis Coli. Keadaan yang di namakan sebagai Melanosis Coli ini akan menyebabkan risiko kanser usus meningkat berkali ganda.

Sumber: Public Health Malaysia

tags: |