Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Bahulu 3 Bahan, Guna Sandwich Maker jer!

Ini Cara Buat Bahulu 3 Bahan, Guna Sandwich Maker jer!

Kategori: ,
Bahulu 3 Bahan

Resepi kuih bahulu ini sesuai untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan memasak atau baking. Sebab untuk buat kuih bahulu ini guna 3 bahan sahaja. Bukan itu sahaja, anda boleh buat dengan mudah sebab hanya perlu guna sandwich maker!

Cara buat kuih bahulu 3 bahan

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur

Cara-cara:

  1. Kisar telur dan gula sehingga gebu sedikit.
  2. Baru masukkan tepung.
  3. Panaskan sandwich maker, sapu minyak pada sandwich maker. Kemudian masukkan adunan tadi.
  4. Tunggu sehingga 5-7 minit sehingga keperang-perangan.
  5. Siap!

Sumber: Azirah Muktar (Facebook)

Selamat mencuba!

Baca juga: Keropok Lekor Homemade, Pertama Kali Buat Pun ‘Confirm’ Menjadi

 

tags: |