Resepi kuih bahulu ini sesuai untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan memasak atau baking. Sebab untuk buat kuih bahulu ini guna 3 bahan sahaja. Bukan itu sahaja, anda boleh buat dengan mudah sebab hanya perlu guna sandwich maker!
Cara buat kuih bahulu 3 bahan
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
Cara-cara:
- Kisar telur dan gula sehingga gebu sedikit.
- Baru masukkan tepung.
- Panaskan sandwich maker, sapu minyak pada sandwich maker. Kemudian masukkan adunan tadi.
- Tunggu sehingga 5-7 minit sehingga keperang-perangan.
- Siap!
Sumber: Azirah Muktar (Facebook)
Selamat mencuba!
Baca juga: Keropok Lekor Homemade, Pertama Kali Buat Pun ‘Confirm’ Menjadi