Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Baju Putih Cepat Kotor? Guna 8 Bahan Dapur Ini Untuk Cuci Kesan Kotoran, Tak Perlu Guna Peluntur

Baju Putih Cepat Kotor? Guna 8 Bahan Dapur Ini Untuk Cuci Kesan Kotoran, Tak Perlu Guna Peluntur

Kategori:
Baju Putih Cepat Kotor

Baju putih memang cantik bila dipakai tapi ia juga sangat susah untuk dijaga. Pakai sahaja tentu cepat kotor, lebih-lebih lagi baju sekolah anak-anak yang aktif. Elok pergi sekolah dengan baju putih berseri tapi bila pulang, macam-macam kesan kotoran yang boleh ditemui. Perkara sebegini boleh buat ramai ibu pening!

Solusi mudahnya adalah untuk membasuh baju-baju itu dengan peluntur baju. Namun, kekerapan membasuh pakaian dengan peluntur boleh merosakkan fabrik dan sangat membahayakan.

Selain menggunakan peluntur, ada beberapa bahan dapur yang anda boleh gunakan untuk menghilangkan kesan kotoran pada baju putih. Jom baca untuk ketahui caranya.  Baju Putih Cepat Kotor

Baju Putih Cepat Kotor? Guna 8 Bahan Dapur Ini Untuk Cuci Kesan Kotoran, Tak Perlu Guna Peluntur

1. Perahan lemon Baju Putih Cepat Kotor

Perahan lemon mampu memutihkan baju. Rendamkan baju di dalam baldi dengan air bersih. Pastikan baju terendam sepenuhnya. Ambil 1 hingga 2 biji lemon (keperluan lemon bergantung kepada kuantiti baju) dan perahkan ke dalam rendaman tadi.

Selesai perah, lemon tadi pun anda masukkan juga ke dalam rendaman dan kacau rata. Rendam selama 10 minit sahaja. Jangan terlebih pula. Kemudian, lakukan cucian seperti biasa.

2. Pes atau cecair pencuci pinggan Baju Putih Cepat Kotor

Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju, anda boleh cuba gunakan pes atau pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut. Sapu pes pada bahagian yang terkena sambal tadi dan biarkan 15 hingga 20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa.

3. Sabun mandiBaju Putih Cepat Kotor

Untuk hilangkan kotoran degil, anda basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi yang jenis buku terus pada bahagian kotoran. Gunakanberus baju yang lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor tadi. Seterusnya, cuci macam biasa.

4. Susu pekat Baju Putih Cepat Kotor

Kesan dakwat pen pada baju memang sukar untuk dibersihkan. Kadang tu dah guna peluntur pun masih ada. Jadi, sebelum anda gunakan sebarang bahan untuk mencuci kesan pen tersebut, ambil 3 sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air. Aliskan bancuhan tadi ke atas kesan pen dan biarkan selama sejam. Selepas itu, cuci dengan sabun seperti biasa.

5. Marjerin Baju Putih Cepat Kotor

Untuk hilangkan kesan minyak pada pakaian, gunakan marjerin. EH! Bukan lagi berminyak ke? Tak lah, marjerin adalah lemak tepu. Caranya dalah dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan beberapa minit.

Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendam baju tadi dengan air suam untuk dibersihkan sepenuhnya sapuan marjerin tadi. Jika masih tidak bersih sapuan marjerin tadi, cuci beberapa kali dengan air suam. Selepas itu, anda boleh cuci seperti biasa.

6. Tepung Baju Putih Cepat Kotor

Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terkena minyak. Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum dicuci seperti biasa.

7. Limau nipis Baju Putih Cepat Kotor

Baju putih mudah terkesan dengan lunturan warna dari pakaian lain. Rendam baju dalam air panas. ambik beberapa biji limau (5 hingga 10 biji) bergantung kepada beberapa banyak baju dan kesan lunturan tadi, perah ke dalam air panas yang mengandungi baju tadi, campurkan sedikit sabun basuh. Kacau dan rendam dalam sejam. Selepas itu, bilas seperti biasa.

8. Cuka Baju Putih Cepat Kotor

Anda boleh gantikan peluntur yang dibeli di pasaran dengan menggunakan cuka. Cuka boleh mengembalikan kecerahan baju putih secara keseluruhan. Caranya adalah dengan memasukkan 100ml hingga 250ml (bergantung kepada kuantiti baju) air limau nipis ke dalam baju yang telah direndam bersama sabun. Biarkjan baju terendam 15 minit.

Selepas itu, basuh dan bilas seperti biasa. Selain itu juga, anda boleh masukkan terus cuka di dalam mesin basuh yang berisi baju dan sabun dan cuci seperti biasa.

Inilah 8 bahan di dapur yang anda boleh gunakan untuk mencuci kesan kotoran pada baju putih anda. Tentu di antara semua ini, ada satu yang anda pernah cuba, kan? Nampak ringkas tapi ia sangat berkesan. Cubalah!

Semoga info ini bermanfaat dan membantu anda.

Kredit: As Nah

Baca Juga: Ini Cara Paling Mudah & Pantas Untuk Mencuci Kipas, Yang Penting Mess Free! Cuma Guna Bahan Dapur Saja

tags: | |