Benda yang paling merisaukan kaum wanita adalah mempunyai baju sama antara satu sama lain apabila ada di luar. Perasaan malu itu membuatkan beliau rasa sangat risau jika orang sekeliling kata apa-apa dan mendapat ‘impression’ yang buruk.
Tapi hakikatnya, tiada siapa pun yang ambil peduli dan hanya diri kita sahaja yang merasakan begitu. Jadikan wanita ini sebagai contoh, beliau yang senyum dan diam sahaja walaupun baju sama pelayan restoran itu.
“Baju Sama Pelayan Restoran” – Risau Pula Nanti Kena Tepuk Bahu Tak ‘Serve’ Pelanggan, Boleh Pula Baju Sama Pelayan & Buat Wanita Ini Hanya Mampu Senyum & Diam
Video lucu ini dikongsikan oleh flf1012 di laman media sosial TikTok beliau dan kejadian dikatakan berlaku di Langkawi.
Dilihatkan di video ini, seorang wanita yang memakai baju belang hitam putih sedang bermain telefon namun tukang rakam video ini sedang gelak. Gelak kerana baju wanita itu baju sama pelayan restoran.
Menerusi tulisan di video “Salah masuk ni.. Kenapa bajunya sama, hilang selera makan ku.”
Mana tidak hilang selera makan, boleh pula baju sama pelayan restoran itu tapi bagus wanita ini. Tidak masam muka malah, tersenyum sahaja.
Mungkin untuk kemudian hari, beliau akan jarang sekali pakai baju ini kerana sudah ada peristiwa bersejarah seperti ini di dalam hidupnya.
@flf1012 Kahkah πππ€ͺπ€£ Baju sama check β πππ€£π Diaorg sendiri pun tgelakππ€£π
@flf1012Kahkah πππ€ͺπ€£ Baju sama check β πππ€£π Diaorg sendiri pun tgelakππ€£π
Mesti Pangkat Dia Tinggi Lagi Sebab Tu Boleh Tenang-Tenang
Meninjau di ruangan komen, para netizen hanya mampu tergelak dan memberi komen ‘sarcastic’ kepada wanita ini.
Semoga wanita ini tidak bakar baju beliau kerana peristiwa ini. Tidak mengapalah sama sekali-sekala, boleh jadi geng-geng boboiboy kuasa 3.
Kredit: flf1012