Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Viral Bakeri Kongsi Kek Topping Taugeh, Pencinta Taugeh Pasti Suka!

Viral Bakeri Kongsi Kek Topping Taugeh, Pencinta Taugeh Pasti Suka!

Kategori:
kek taugeh

Setiap 1 April, Hari April Fool disambut di kebanyakan negara Eropah dan di dunia Barat dan tidak kurang juga di Asia. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap sesiapa sahaja dengan tujuan bergurau senda.

Sehubungan dengan itu, sebuah bakeri yang bertempat di Singapura telah mengambil keputusan untuk menawarkan kek berperisa sayuran yang unik untuk April Fool.

Bakeri di Singapura berkongsi kek yang diinspirasikan daripada sayur-sayuran seperti kacang pea & taugeh!

Baker’s Brew ialah tempat bagi penggemar kek di Singapura. Mereka juga mengadakan kelas membakar untuk resipi terbaik.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga menyediakan hidangan bakeri dan membuat kek yang unik bersesuaian untuk sebarang perayaan. Untuk edisi kali ini, mereka menjadikan kek taugeh adalah kek pertama yang dihasilkan untuk April Fool.

Bagi penggemar taugeh, kek ini sesuai untuk anda kerana bukan sahaja rasanya, tetapi anda juga boleh menggigit taugeh rangup yang digunakan untuk menghias kek itu.

Selain itu, terdapat juga kek lain dengan hiasan istimewa seperti, kacang pea, cendawan, lobak merah, asparagus dan tidak lupa kek ketumbar mereka. Reka bentuk yang unik, kek ini dikatakan berharga dari $78SGD hingga $148SGD bersamaan dengan RM273 hingga RM518.kek taugeh

Ketika siaran di laman sosial Facebook milik mereka menjadi tular, ramai netizen telah mengulas mengenainya.

“Best take aka cake at April Fool’s joke”

“Kek terbaik untuk jenaka pada April Fool”

“Wow old.. i like it.. Can I add salted fish?

“Saya suka.. Boleh saya tambah ikan masin?”

 

 

 

Saya akan beli kek ini untuk rakan saya -Netizen

Idea yang unik dari kedai ini tidak hanya menarik minat, tetapi juga memberikan inspirasi kepada banyak orang untuk berani untuk meluaskan kreativiti dalam dunia pembuatan kuih dan kek.

Dengan langkah yang berani ini, kedai ini mungkin mengubah persepsi orang tentang gabungan rasa yang tidak lazim dalam kek, sekaligus menciptakan pengalaman yang tidak terlupakan bagi para pelanggan.

Sumber: WauPost
tags: | | |