Menjaga tanaman agar tetap subur dan bebas dari serangga perosak sering kali menjadi cabaran utama dalam berkebun.
Banyak pekebun mencari cara yang berkesan dan selamat untuk menangani masalah ini tanpa bergantung pada bahan kimia yang berbahaya.
Sebagai alternatif yang lebih berkesan, baking soda ataupun natrium bikarbonat adalah salah satu cara yang efektif.
Selain biasa digunakan dalam masakan dan pembersihan, baking soda juga sangat berguna dalam menjaga kesihatan tanaman.
Banyak manfaat baking soda untuk tanaman antaranya adalah boleh digunakan sebagai racun yang selamat untuk merawat tanaman diserang serangga perosak.
Untuk menghalang serangga perosak cuma perlu campurkan baking soda bersama tepung dan sapukan pada tanaman. Ia dapat menghalang serangga seperti cacing.
Selain itu, manfaat baking soda adalah menghindari tanaman dari kulat pula campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 1 liter air dan tambahkan sedikit sabun pencuci pinggan. Semburkan larutan pada daun tanaman.
Bukan itu sahaja, penggunaan baking soda dapat membantu meyeimbangkan pH tanah serta membuatkannya lebih neutrak untuk pertumbuhan tanaman.
Ia juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil buah. Tanah yang sihat adalah kunci untuk tanaman yang subur dan produktif.
Penggunaan baking soda sebaiknya dilakukan secara berkala, seperti seminggu sekali atau dua minggu sekali.
Secara keseluruhannya, baking soda adalah bahan serbaguna yang dapat dimanfaatkan dengan efektif untuk menjaga kesihatan tanaman, menghalang serangga perosak dan meningkatkan hasil buah.
Sumber: mStar