Seperti sedia maklum, pelaksanaan gaji minimum RM1500 telah dilaksanakan di Malaysia pada tahun ini. Ia berada di bawah pewartaan yang bertajuk Perintah Gaji Minimum 2022 mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Tetapi, ramai yang berpendapat bahawa gaji minimum yang ditetapkan tidak dapat menampung kos sara hidup bulanan. Ini kerana kos sara hidup di negara ini juga semakin tinggi dari hari ke hari.
“Ramai Taknak Kerja?”, Lelaki Ini Banding Gaji Industri Food And Beverage Di Malaysia Dan Singapura, Cetus Bahas Netizen
Menyentuh hal gaji, antara isu yang sering dibahas oleh netizen adalah gaji dalam industri Food and Beverage (F&B). Ramai yang berpendapat bahawa gaji yang ditawarkan beberapa restoran makanan segera kepada pekerjanya tidak berbaloi.
Hal ini kerana, berlaku ekspolitasi dari segi tenaga dan upah yang dibayar. Untuk makluman, eksploitasi memberi maksud kepada upah yang dibayar tidak mencukupi dengan tenaga kerja yang sudah dicurahkan.
Bercakap tentang hal itu, satu ciapan oleh pengguna Twitter berkenaan perbandingan gaji salah sebuah restoran makanan segera di Malaysia dan Singapura mendapat perhatian netizen.
Misalnya, ciapan itu membandingkan gaji pekerja tetap F&B RM1500 di Malaysia, tetapi jika di Singapura, pekerja boleh mendapat sehingga 2220 Singapore Dollar.
Tetapi harus diperhalusi, iklan itu menyatakan gaji Malaysia (bermula dari) dan gaji Singapura (hingga dari). Ini bermakna, iklan Malaysia menunjukkan RM1500 gaji minimum dan gaji Singapura tidak diketahui minimumnya, hanya dinyatakan gaji maksimum.
“Tahu tak kenapa bersepah sangat vacancy F&B dekat Malaysia ni? Lepastu senang orang cop anak muda memilih kerja? Dah ramai lari buat freelance. Sekarang bagitahu apa beza payment Malaysia dengan Singapura?”, tulisnya dalam keterangan gambar terbabit.
“Apa Beza Payment Malaysia Dan Singapura?”
Tahu tak kenapa bersepah sangat vacancy f&b dekat malaysia ni? Lepastu senang orang cop anak mudah memilih kerja? Tahu tak industri f&b kejam dia macam mana? Dan ramai lari buat freelance. Sekarang bagitahu apa beza payment malaysia dengan singapore. Fikir fikir. pic.twitter.com/X2f8H1fSXS
— khairi (@khairizulkafli_) July 15, 2022
Walaubagaimanapun, orang ramai tetap bersetuju bahawa gaji yang diberi memang sedikit dan tidak berbaloi jika membandingkan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Misalnya, mengambil salah satu komen netizen, Luq Hakim berkata, “Kerja F&B, orang kita kat Malaysia ni kena tindas. Overtime tak berbayar, Cuti asyik kena burn, bonus tak wujud, kerja shift tak tentu hala,” luahnya.
Selain itu, ada juga yang membandingkan kos sara hidup di Singapura tinggi berbanding Malaysia. Tetapi ia bukanlah satu alasan kerana ramai juga yang rasa setimpal apabila menerima gaji dengan penat jika bekerja di Singapura.
Tambahnya, ini belum lagi membahas isu caruman pekerja dalam KWSP dinaikkan kepada kadar asal iaitu 11% berbanding 9% sebelum ini, bermula Julai. Rungutan orang ramai mahukan ia kekal kepada kadar 9% memandangkan isu inflasi masih menghambat negara.
Kena Tengok Kos Sara Hidup Malaysia Dan Singapura Pula?
Semoga semua pekerja F&B akan diberi gaji setimpal, ini merujuk kepada restoran yang mendapat pulangan untuk besar tetapi membayar gaji pekerja sedikit.
Semoga Tuhan permudahkan segalanya untuk semua.
Sumber: Khairi