Sejak tular isu seorang doktor yang mempertikaikan soalan wartawan mengenai khasiat ikan singgang dalam menggurangkan gejala COVID-19 pada satu sidang media baru-baru ini, juadah yang ringkas itu telah menjadi sebutan ramai.

Ada yang memasak juadah ini dengan perisa yang pedas, ada juga yang sekadar menggemari rasa masam ikan singgang.

Walu apapun resepi yang digunakan, biasanya ikan singgang menggunakan empat bahan utama iaitu bawang besar, bawang putih dan air asam jawa atau asam keping.

Ada juga yang menambah serai, cili padi dan halia untuk menyedapkan rasa.

Ikan yang biasa digunakan untuk memasak singgang ialah ikan kembung, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan tongkol, tetapi ada juga yang menggunakan daging menggantikan ikan.

Sebagai tambah, tomato dan bendi juga dimasukkan dalam juadah itu.

Persoalannya, benarkah ikan singgang mampu mengurangkan gejala COVID-19 seperti yang ditularkan?

Kebanyakan warganet berpendapat, jawapan pada soalan berkenaan terletak pada bahan yang digunakan untuk menyediakan ikan singgang itu.

Bawang besar, lengkuas, bawang putih dan asam jawa atau asam keping mengandungi pelbagai khasiat yang bermanfaat dalam mengurangkan gejala batuk, gangguan pernafasan selain bersifat antiradang dan mampu menurunkan panas dalam badan.

Khasiat Ikan Singgang

Berikut merupakan khasiat empat bahan utama yang sering digunakan untuk memasak ikan singgang:

1. Lengkuas

Lengkuas dikatakan mempunyai bahan berkhasiat dalam mengurangkan gejala asma kerana ia mengandungi bahan antiradang yang digunakan oleh masyarat zaman dulu bagi merawat masalah pernafasan.

Mereka juga menggunakan lengkas untuk merawat batuk.

Caranya sangat mudah iaitu dengan memasukkan kepingan lengkuas yang sudah dihiris ke dalam air dan dibiarkan semalaman sebelum diminum.

2. Bawang Putih

Bawang putih mempunyai bahan antibakteria.

Sejak ribuan tahun lalu masyarakat di China dikatakan menggunakan bawang putih yang mengandungi bahan bersifat antibakteria, mampu membunuh parasit, memperbaiki sistem pernafasan dan penghadaman.

Kajian saintifik mendapati bawang putih juga bersifat antibiotik, mampu mengurangkan gejala batuk, menurunkan tahap gula dalam badan dan tekanan darah.

3. Bawang Besar

Amalan makan bawang besar amat bermanfaat kerana bawang besar kaya dengan serat yang baik untuk sistem penghadaman, selain meningkatkan imunisasi atau pertahanan badan.

Pengambilan bawang besar juga dikatakan digunakan masyarakat dulu bagi memudahkan pengeluaran kahak apabila seseorang itu mengalami batuk atau asma.

4. Asam Jawa/Asam Keping

Asam jawa boleh mengurangkan kepanasan badan.

Asam jawa kaya dengan vitamin B, kalium, magnesium, zat besi, kalsium, fosforus, serat dan karbohidrat, namun jika diminum setiap hari dikatakan dapat melindungi diri daripada pelbagai penyakit serta dapat menurunkan suhu badan ketika demam.

Asam keping atau lebih dikenali nama asam gelugor pula mengandungi vitamin C yang tinggi, sesuai untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.

 

 

(This post has been visited 217 times!)