Rose bud ini adalah sejenis bunga kecil (putik bunga rose) yang sangat popular dan dijadikan minuman kesihatan yang banyak manfaat kepada sistem imun manusia. Ia boleh dijadikan minuman harian untuk wanita mahupun lelaki yang mementingkan kesihatan dalaman kerana ianya amat mudah disediakan.
Ia mempunyai 3 jenis dan amat banyak khasiatnya kepada kita. Sesiapa yang mengamalkannya setiap hari, in Shaa Allah boleh hindari dari pelbagai penyakit dan boleh membuatkan anda awet muda. Jom kita lihat cara penyediaan air minuman rose bud dan khasiatnya.
Masukkan rose bud dalam gelas air panas, dan tutup. Minum bila suam. Rose bud ni boleh recycle guna 2-3 kali tau. Cuma tambah air panas baru je.
ps: Kalau nak cantik dan awet muda jangan lupa minum selalu.
Purple Rose
Red Rose
French/Pink Rose
Sangat banyak rupanya khasiat rose bud ni terutama sekali untuk wanita. Selain daripada minum dengan air kosong, ia juga boleh bancuh dengan teh. Teh bunga ros boleh memberi rasa tenang dan relaks.
Kemungkinan selepas beberapa jam minum rose bud tea, anda akan berasa memulas perut dan ingin ke tandas. Dari situlah proses detoksifikasi dengan efektif. Ia amat sesuai bagi yang ada masalah sembelit. In Shaa Allah ia dapat membantu selesaikan masalah.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Lin Qurnia Via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM) dan Matbakhna Al-Arabi Lydia’s Q8 di Facebook
Baca Juga: Bukan Saja Cantik, Tapi Teh Bunga Ada Kebaikannya! Jom Kenal Jenis Teh Bunga Dan Khasiatnya!