Terdahulu, tular sebuah video yang mencetuskan debat antara netizen di mana rider makanan seperti Foodpanda atau GrabFood harus menghantar pesanan sampai hadapan pintu rumah jika pelanggan memesan makanan dari rumah kondo atau apartment, misalnya.
Akibat isu itu, ramai netizen juga tururt menyuarakan pendapat masing-masing. Ada yang mengatakan rider harus menghantar makanan sampai ke depan rumah kerana ia termaktub dalam standard operation procedure (SOP) daripada Foodpanda sendiri.
Malah, ada yang mengatakan gaji rider hanya dibayar berdasarkan jarak sahaja. Ia bemaksud jarak restoran ke lokasi sahaja, bukan hingga terpaksa naik ke rumah pelanggan masing-masing (jika pelanggan tinggal di rumah tinggi).
Oleh kerana itu, seorang lagi rider Foodpanda tampil menceritakan kisah sebenar yang dialami para rider berkaitan hal ini. Dia menyuarakan suara hati rider di mana ada sebab-sebab yang tertentu mengapa rider memohon pelanggan untuk turun mengambil makanan di ruang lobi (termaktub kepada rumah tinggi).
“Turunlah ambil makanan, mungkin bersebab rider tu minta turun bawah. Macam aku pun, aku ada pengalaman kenapa aku taknak hantar makanan sampai depan pintu rumah pelanggan kalau rumah flat.
“Aku ada pernah hilang barang tau dekat dalam box makanan Foodpanda aku tu. Aku pernah hilang barang, pernah hilang makanan. Baru naik sekejap hantar makanan atas, lepastu turun bawah, pernah powerbank hilang, makanan hilang.
“Last-last pelanggan yang aku nak hantar makanan next tu, tak cukup. Missing items lepastu kena tolak gaji rider. Itu sebab rider kadang-kadang suruh customer turun,” luahnya panjang lebar di video barang rider kena curi akibat naik hantar makanan pelanggan tersebut.
Tambahnya lagi, dia juga menegur pelanggan untuk sentiasa bersedia jika rider sudah sampai di lokasi. Ini kerana sistem Foodpanda sentiasa memberi notifikasi melalui aplikasi untuk menyatakan keberadaan rider dalam menghantar makanan.
“Pelanggan standyby lah depan pintu, sebab kalau aku, aku ni jenis makanan tak pandai nak letak atas lantai. Kadang-kadang ada jenis packaging yang tak boleh nak gantung. Ada juga yang duduk rumah flat ni dia tak ada grill. Dia memang pintu je jadi tak boleh nak gantung. Ikut situasi lah,”jelasnya.
Selain itu, dia menjelaskan bahawa pesanan pelanggan ditentukan oleh sistem Foodpanda, bukan rider. Sebab itulah ada rider yang mungkin mendapat pesanan pertama di rumah flat misalnya, mempunyai kesusahan untuk naik kerana dia juga perlu menghantar pesanan kedua. Jika ditinggalkan, mungkin berlaku kecurian.
https://www.tiktok.com/@amerqhushairy/video/7142524835388722459?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@amerqhushairy Harap otak tu boleh digunakan untuk berfikir #fyp #foodpanda #riderfoodpanda #pandarider ♬ original sound – MEMEY
Meninjau ruangan komen, ramai yang bersetuju atas logik pendapat rider berkenaan.
“Wah bro tegur secara berhemah, saya setuju,” komen netizen bernama Nurul memberi reaksi video barang rider kena curi tersebut.
“Aku kalau order makanan, aku suka tengok Foodpanda tu bergerak. Nak sampai aku cepat-cepat turun,” kata netizen lain.
Semoga kita mempunyai commom sense dan empati dan tengoklah kepada situasi. Jika kita permudahkan urusan orang, Tuhan pun akan mudahkan urusan kita.
Sumber: Memey