Sekali sekala belanja diri sendiri makanan atau minuman yang sedap menerusi pesanan online memang best. Bukan saja mudah, malah pelanggan juga boleh customize pesanan dengan memilih add-on atau catatkan pada remarks. Asalkan kena dengan permintaan, pekerja restoran biasanya akan tunaikan tanpa sebarang masalah.
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang barista ini yang mendapat pesanan yang ‘pelik’ daripada pelanggan.
Berdasarkan perkongsian daripada @awishhhhhhhhhhh di TikTok, dia bingung dengan karenah sesetengah pelanggan yang request add-on pada bahagian remarks untuk elakkan caj tambahan.
Seperti yang kita tahu, sesetengah menu menawarkan add-on bagi menepati citarasa pelanggan. Namun, pelanggan sepatutnya memilih add-on ketika pesan makanan atau minuman dengan caj tambahan, bukannya titip pesanan pada bahagian Remarks.
@awishhhhhhhhhhh entahlah @heyyo
Menurut barista ini, dia hanya boleh tunaikan sesetengah permintaan sahaja menerusi Remarks seperti air kurang manis atau ais lebih.
Permintaan lain seperti extra Caramel, whipped cream atau tukar jenis susu, dia tak dapat tunaikan kerana pelanggan sepatutnya bayar pada bahagian add-on ketika memesan. Jelasnya, pelanggan hanya boleh terima mengikut pesanan yang dibayar sahaja.
Netizen lain yang berpengalaman bekerja di restoran sememangnya boleh relate dengan keluhan barista ini.
Menurut salah seorang netizen, pelanggan pernah memintanya untuk buat nasi goreng untuk dua orang makan, padahal dia hanya bayar untuk satu hidangan. Ada yang siap minta extra telur mata lagi, padahal boleh saja nak add-on sebelum buat pembayaran.
Salah seorang warganet juga pernah berkongsikan pengalaman berhadapan dengan pesanan sebegini. Kata netizen ini, dia terus hubungi pelanggan untuk menjelaskan situasi.
Namun, si pemilik video tidak memilih untuk telefon pelanggan kerana ia akan menambahkan kerja pihak restoran. Oleh itu, dia endahkan saja permintaan sebegini.
Sesetengah warganet juga menyokong tindakan wanita ini. Tak payah nak pening-pening!
Walaupun rider tak ada kena mengena dengan penyediaan makanan, rupanya mereka pun terkena tempias bila perlu berhadapan dengan pelanggan macam ni.
Sebenarnya ada banyak lagi karenah pelanggan yang dikongsikan di ruangan komen hantaran ini. Dari pesanan minuman boba, sampailah ke pizza dan makanan mamak, ada saja pesanan pelik-pelik yang pelanggan minta di bahagian Remarks.
Sebagai pelanggan, ambil sedikit masa untuk semak pada bahagian add-on terlebih dahulu sebelum sahkan pesanan. Kalau nak request pada bahagian Remarks pun, berpada-padalah.
Selagi ditawarkan pada add-on, anda perlulah belanjakan sedikit duit untuk kepuasan diri sendiri. Jangan pula kita salahkan peniaga atau rider, tak baik macam tu.
Sumber : TikTok @awishhhhhhhhhhh