Dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran, ada yang terpaksa berjimat cermat untuk kelangsungan hidup. Berjimat selagi mampu untuk mengisi perut yang lapar.
Seperti perkongsian yang dikongsi oleh Zayn Amir di laman TikToknya, ia mendapat perhatian netizen apabila dia berkongsi ada pekerja Food & Beverage (F&B) yang memakan baki makanan pelanggan apabila pelanggan tidak dapat menghabiskan makanan tersebut.
Baki makanan yang bersih dipilih untuk tidak membazir dalam masa yang sama mereka boleh berjimat.
“Dalam rezeki orang, ada rezeki kita,” tulisnya dalam hantaran video kisah makan baki makanan pelanggan tak habis berkenaan.
@amiresso_ Dalam rezeki orang, Ada rezeki kita. 😉 #fyp #terpalingbarista #baristatersakiti
@amiressoo Dalam rezeki orang, Ada rezeki kita. 😉 #fyp #terpalingbarista #baristatersakiti ♬ Sad Music – Max-Music
Ia mendapat simpati ramai apabila mengetahui kisah sebenar di sebalik perjalanan hidup seseorang. Lebih mengejutkan, kisah itu dipersetujui ramai dan netizen yang pernah bekerja dalam bidang F&B dapat kaitkan kisah mereka dengan kisah dalam paparan video itu.
“Bila baca komen, rupanya ramai juga kalangan kita yang susah sampai makan lebihan orang,” kata netizen.
“Laaa ingat aku sorang sampai curi-curi makan. Malu tak malu belakang cerita, janji kenyang,” tulis netizen bernama Zul berkongsi pengalaman kisah makan baki makanan pelanggan tak habis.
“Pernah buat masa kerja part time jadi waitress dulu. Curi-curi makan left over orang,” kata Jens yang turut berkongsi pengalaman sama.
“Betul ke benda ni terjadi? Kalau betul, saya akan pastikan kalau makanan yang tinggal tu dalam keadaan bersih,” tulis Shiqin.
Melalui kisah makan baki makanan pelanggan tak habis ini, dapat disimpulkan ramai diantara kita yang berusaha sedaya upaya untuk berjimat cermat demi kelangsungan hidup. Semoga semuanya bertahan dalam menjalani hari-hari dan dipermudahkan urusan untuk segala hal yang baik.
Sumber: Zayn Amir
Baca juga: Pening Teman Wanita Merajuk, Lelaki Ini Minta Barista Pujuk Tapi Tak Sangka Ini Pula Yang Ditulis