Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “I Ada 3 Permintaan..” Baru Kemalangan, Akak Foodpanda Titip Pesan Kepada Suami Kalau Meninggal Buat Ramai Sebak

“I Ada 3 Permintaan..” Baru Kemalangan, Akak Foodpanda Titip Pesan Kepada Suami Kalau Meninggal Buat Ramai Sebak

Kategori:
akak foodpanda

Kehidupan sebagai rider penghantar makanan sama ada Foodpanda, GrabFood, Lalamove dan lain-lain merupakan salah satu pekerjaan yang agak mencabar.

Seperti yang kita ketahui, mereka ini membawa motosikal ke sana ke mari dan mencelah di celah lori dan kereta. Pastinya ianya bukan sesuatu yang mudah, kemalangan boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Namun demi mencari sesuap nasi, mereka ini kental meneruskan pencarian rezeki yang halal. Soal kemalangan dan ketakutan diletak ketepi dahulu. Begitulah pengorbanan mereka. Rela berkorban apa sahaja demi memastikan anak, isteri serta keluarga dapat makan secukupnya.

Bukan sahaja golongan lelaki yang menjadi rider penghantar makanan ini namun ada juga golongan wanita yang mencuba nasib. Antara wanita yang yang menjadi salah satu rider Foodpanda adalah isteri kepada Mohd Habibullah yang merupakan seorang pemandu lori.

Akak Foodpanda Titip Pesan Pada Suami Kalau Meninggal Selepas Trauma Kemalangan

Sebelum ini, kebanyakan video yang dikongsikan oleh Habibullah menerusi akaun TikTok adalah berkisarkan tentang kehidupan yang bahagia. Malah isterinya juga seorang yang ceria.

Namun semalam, untuk pertama kalinya Habibullah memuat naik video isterinya yang berada dalam kesedihan. Akibat kemalangan baru-baru ini, emosi isterinya itu tidak stabil.

Sambil baring dan menangis, isterinya itu menitipkan 3 permintaan buat suaminya kalau dia meninggal dunia. Pertama, dia meminta suaminya menjaga semua kucing-kucingnya dan jangan memberikan kucing tersebut kepada orang lain.

Yang kedua, isterinya itu meminta suaminya jangan kahwin lain dan yang terakhir meminta suaminya menjaga umi seeloknya. Sambil menangis, dia meluahkan permintaan tersebut.

Menurut Habibullah di ruangan komen, isterinya dalam keadaan begitu setelah membaca komen “asal tak mampus je” sewaktu di live TikTok.

https://www.tiktok.com/@mohdhabibullah_/video/7122738391736749339?_t=8UBLxFe3ihV&_r=1

@mohdhabibullah_Kesian lahai , emosi dia tak setabli lg, sakit2 pun banyak pikir lagi. Pikir mati pulak tu. nak buat apa la bg dia ceria ye . Lemah la tgk dia macam ni :,(((♬ original sound – Mohd Habibullah

Hilang semangat ni bang..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok. Namun ratanya berasa sedih apabila melihat keadaan akak foodpanda ini. Selain ramai yang mendoakan, ada juga warga TikTok yang menyarankan suaminya itu untuk pergi berubat atau pun dapatkan air penawar.

Adoi, ternangis sekali..

Tidak kurang juga ada yang turut menangis apabila melihat keadaan akak yang hilang semangat sedemikian rupa memandangkan sebelum ini dia seorang yang ceria dan sangat semangat.

Semoga akak foodpanda ini diberikan kesembuhan secepatnya dan menjadi seorang yang ceria kembali. Usah ambil kisah apa orang nak kata dan teruskan kehidupan dengan lebih baik. Buat suaminya pula, banyakkan bersabar dan jagalah dia sebaik mungkin.

Sumber: TikTok Mohd Habibullah

tags: |