Bagi setiap wanita, kecantikan wajah adalah keutamaan mereka. Wajah yang bersih, putih dan glowing menjadi idaman dan kegilaan para wanita di luar sana. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kelihatan cantik berseri.
Sehinggakan ada di antara mereka yang sangat taksub untuk putih dan cantik, sanggup mencucuk vitamin dan membuat pembedahan plastik. Menghabiskan wang ribuan hingga jutaan ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik di khalayak ramai.
Walaupun begitu, setiap orang memiliki kulit yang berbeza. Ada yang tetap cantik walaupun tidak perlukan atau pakai apa-apa produk kecantikan. Ada juga yang mempunyai kulit yang terlalu sensitif sehingga menyukarkannya untuk memakai produk yang murah dan mampu milik.
Ada juga yang tidak memerlukan apa-apa produk, tetap sahaja cantik dan berseri. Malah jika kita lihat orang-orang lama, mereka tidak menggunakan produk yang mahal pun. Apa yang mereka gunakan hanyalah sabun biasa.
Bahkan ada yang menggunakan sabun mandi sebagai sabun muka. Lebih aneh lagi, ada juga yang menggunakan sabun pencuci pinggan dan kelihatan baik-baik sahaja.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita, acil.minah_ menerusi aplikasi TikTok berkenaan dirinya yang mencuci muka menggunakan sabun pencuci pinggan iaitu Sunlight sahaja.
Dari awal video tersebut dapat dilihat dia menuangkan sedikit sabun ke atas tangannnya lalu menggosok ke muka sehingga berbuih. Kemudiannya makcik ini membilasnya dengan air dari dalam gayung.
Turut berada dalam video tersebut anaknya yang asyik melihat makcik ini membasuh dan menggosok mukanya. Malah makcik ini sempat memberitahu, hanya menggunakan sabun basuh pinggan mukanya semakin putih jerawat pula tiada.
@acil.minah_ #fyp #sabun ♬ suara asli – acil minah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok terkejut dengan apa yang dilakukan oleh makcik ini. Mereka menganggap ianya kelakuan yang sangat luar biasa dan sempat melarang Acil Minah untuk menggunakan sabun tersebut lagi.
Ada juga warga TikTok meninggalkan komen menyatakan sabun tersebut bahaya kerana kasar. Kulit manusia memerlukan PH yang rendah memandangkan kulit muka lembut.
Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang berseloroh menyatakan sabun jenama yang digunakan oleh makcik ini masih tidak bagus dan menyarankan Acil Minah untuk menggunakan sabun jenama Harimau Kuat.
Terkejut kan tengok makcik ini selamba sahaja mencuci muka menggunakan sabun pencuci pinggan? Tidak dapat diketahui sama ada wanita ini menggunakan Sunlight sebagai rutin harian atau pun ianya adalah semata-mata untuk rakaman video sahaja.
Walaubagaimanapun, nasihat kami supaya makcik ini tidak menggunakan sabun pencuci pinggan sebagai pencuci muka lagi kerana bimbang ia mendatangkan kemudharatan kepada kulit muka.
Sumber: acil.minah_
Baca juga: Pesan Peha Ayam Dapat Sayap, Staff Pula Muka Masam Mencuka. Ramai Komen Pernah Terkena