Membawa bekal makanan ke tempat kerja misalnya mempunyai banyak keistimewaan dan ia perlu diamalkan oleh orang ramai dan masyarakat.
Lebih-lebih lagi, dalam keadaan negara berhadapan dengan ekonomi dunia yang kian merosot, ia sekaligus memberi impak yang besar kepada kos perbelanjaan rakyat sehari-hari.
Hal ini membuatkan masyarakat sedaya upaya untuk berjimat cermat dan mengurangkan mana-mana perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Tidak kiralah dari segi kos dalaman atau luaran.
Oleh itu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @wanfarhana berkongsi pengalamannya membawa bekal makanan ke tempat kerja dan berjaya mengurangkan perbelanjaan dari segi petrol serta dapat memanfaatkan masa rehat dengan melakukan hal yang lain.
Katanya, “saya perap sendiri bekal makanan saya, tapi saya tak rasa ia bawah RM10. Tetapi, dengan cara ini saya dapat menjimatkan kos petrol dan masa waktu makan (waktu rehat),” jelasnya dalam satu ciapan.
https://twitter.com/wanfarhana/status/1526344374992310272?s=20&t=s2vOxJufh8mRaXBUi9XCDQ
Melihat kepada ruangan komen menerusi bebenang berkenaan, seorang pengguna Twitter lain yang bernama @ssabrinanordinn melakukan hal yang sama dengan membawa bekal makanan untuk mengurangkan perbelanjaan harian.
Dia berkata, “Sama! terkenang kos perbelanjaan minyak, jadi saya akan bawa bekal makanan tengahari setiap hari untuk menjimatkan perbelanjaan wang,” jelasnya di komen berkenaan.
Dia juga telah berkongsi rutin harian dan jadual masa untuk penyediaan yang dilakukan sebelum berangkat kerja. Ini tipsnya!
Tambahnya lagi, selain daripada menjimatkan masa dan perbelanjaan, pemakanan yang sihat dapat diamalkan kerana semua bahan makanan dipercayai kebersihannya kerana semuanya ‘homemade’.
Selain itu, terdapat juga beberapa pengguna Twitter lain yang mengamalkan cara ini. Contohnya, @LeicaRel di Twitter yang berbagi tips untuk penyediaan bekal makanan menggunakan 2 ekor ayam sahaja!
Dah tahu tips untuk makan tengahari dengan jimat kan? Jom cuba tukar gaya hidup sihat bersama! Pernah dengar kata-kata otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat?
Mungkin ini boleh menjadi salah satu cara yang berkesan.
Sumber: @wanfarhana
Baca juga: Biskut Raya Masuk Angin? Jangan Buang, Ikut Tips ini!