Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Doktor Kongsi Guna Bawang & Madu Untuk Atasi Batuk, Sangat Mudah & Berkesan

Doktor Kongsi Guna Bawang & Madu Untuk Atasi Batuk, Sangat Mudah & Berkesan

Kategori: ,
bawang & madu

Batuk adalah antara penyakit yang selalu dan kerap dihidap oleh seseorang. Antara faktornya adalah antibodi yang lemah atau faktor persekitaran.

Ada kala ia mengambil masa berminggu-minggu untuk pulih. Kalau dah makan ubat dan belum reda, cuba cara tradisional yang disarankan oleh doktor ini pula.

Dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar, dia berkongsi info tentang cara merawat batuk menggunakan bawang dan madu yang boleh kita praktikkan sebagai alternatif makan ubat.

Dia berkata, ia memakan masa untuk mencari alternatif ini.

“Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya jumpa.”

Doktor Kongsi Guna Bawang & Madu Untuk Atasi Batuk, Sangat Mudah & Berkesanbawang & madu

Bawang & Madu. Home Remedy Untuk Batuk

Cara Penyediaan:

  1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
  2. Leraikan lapisan bawang tadi.
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
  6. Jus akan dirembeskan melalu bawang bercampur madu.
  7. Ambill satu sudu dan minum.bawang & madu

Rasa campuran bawang & madu ni persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Orang Putih panggil ‘cough syrup’. Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai dah lama. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.

Boleh cuba di rumah!

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar 

Baca juga: Ayam Rendang Tomyam Cili Padi, Rasa Pedas Dan Masam Boleh Buat Kecur Air Liur!

tags: | |