Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Betul Ke Bawang Merah Yang Bertunas Tidak Boleh Dimakan? Jom Baca Pendedahan Ahli Kimia Ini

Betul Ke Bawang Merah Yang Bertunas Tidak Boleh Dimakan? Jom Baca Pendedahan Ahli Kimia Ini

Kategori: ,
bawang merah bertunas boleh dimakan

Bawang merupakan antara sayuran atau bahan yang sering kali kita gunakan dan masukkan dalam masakan. Terdapat banyak jenis bawang iaitu bawang putih, bawang besar dan bawang merah. Bawang ini biasanya digunakan untuk menambah rasa, menaikkan aroma masakan atau sebagai hiasan hidangan.

Jika tidak dimasukkan bawang dalam masakan pasti akan ada terasa sesuatu yang kurang kan? Berkenaan dengan bawang ini, betul ke bawang merah yang bertunas ini tidak selamat dimakan? Adakah ianya mengandungi racun?

Jawapannya adalah tidak sama sekali. Bawang yang bertunas ini masih lagi selamat untuk dimakan. Hal tersebut telah dijelaskan oleh ahli kimia, Fatimah Salim.

Bukan semua yang bertunas itu beracun

Bawang yang telah bertunas masih lagi selamat dimakan ya. Ianya TIDAK SAMA dengan kisah ubi kentang bercambah dan juga rebung yang mengandungi racun.

Bukan semua yang bertunas itu beracun. Malahan bahagian tunas ini kaya dengan protein. Antara contoh tunas lain yang berkhasiat adalah tauge (kacang hijau, kacang pea, kacang kuda, kacang soya, kacang tanah)

Nota: Jangan lupa yang kita juga gunakan daun bawang muda sebagai hiasan pada masakan dan perisa dalam sup.

Jadi bagi anda yang menganggap bahawa bawang bertunas ini tidak selamat untuk dimakan kerana beracun adalah tidak benar. Ianya selamat je sebenarnya. Tidak seperti ubi kentang yang bertunas tu. Jadi lepas ni kalau ada bawang merah yang bertunas jangan buang ya!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fatimah Salim Via Makmal Makanan

Baca juga: Bawang Putih Bakar Lebih Sedap, Rasa Macam Kacang. Wanita Ini Kongsi Cara Bakar Yang Betul

tags: