Dikurniakan zuriat setelah berkahwin merupakan satu anugerah yang tidak ternilai. Hadirnya anak atau bayi ini menjadikan rumahtangga yang dibina semakin erat dan mesra. Memandangkan bayi tersebut masih lagi lembik dan tidak kuat, jadi para ibu pasti akan berhati-hati dalam menjaganya.
Dari segi pemakanan pula, bayi yang baru dilahirkan ini hanya boleh untuk diberi minum susu badan atau susu formula sahaja sehinggalah berusia 6 bulan. Selepas 6 bulan baru boleh diberikan nestum dan apa-apa makanan yang sesuai. Namun begitu, ada juga yang memandangkan isu ini sebelah mata.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang ibu, Yustii Ridayantii di aplikasi TikTok berkenaan dengan kejadian yang menimpa bayinya yang baru lahir. Anaknya yang baru berusia 3 tahun telah mengalami bengkak dada. Muka pula berbintik merah gara-gara disuap biskut oleh ibu mentuanya. Lebih mengejutkan lagi adalah bayi tersebut diberi makan biskut Marie 3 kali sehari.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Yusti ini, dapat dilihat badan anaknya mengalami kemerahan dan kelihatan seperti bengkak dipegang oleh seorang wanita. Sebelumnya, dapat dilihat juga muka anaknya yang disapu tepung kanji bagi mengurangkan bintik-bintik merah. Mungkin untuk lebih jelas, korang boleh melihat sendiri video tersebut di bawah ini.
https://www.tiktok.com/@yustiiimdv/video/7070537138906926363?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833
@yustiiimdvHati sya hancurr liat anakk dada nya bengkak krna bru 3 hri udh d suapin saya gk tau klau bayi 3hri blm blh d ksh mkn maafin bunda nak 😭😭
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Malah ramai juga yang berasa kasihan kepada bayi ini dan bertanya keadaannya sekarang ini. Ada juga yang sempat mendoakan adik ini agar baik-baik sahaja.
Tidak kurang juga ada yang berasa geram dengan apa yang berlaku dan terkejut kerana bayi tersebut baru berusia 3 hari namun sudah diberi makan. Ada juga yang menasihati agar ibu ini membeli buku berkenaan dengan parenting.
Dalam situasi ini, tidak boleh salahkan ibu mentuanya juga. Faham-fahamlah macam mana orang tua. Mungkin waktu ketika dahulu, satu kebiasaan bagi mereka memberi bayi yang baru lahir makan. Namun tidak pada zaman sekarang.
Kredit: TikTok Yustii Ridayantii
Baca juga: Beratnya Beban Yang Dipikul, Lose Contact Dengan Suami. Bayinya Pula Tidak Minum Susu Sejak Semalam