Bulan Ramadan merupakan waktu yang paling dinanti-nantikan buat semua umat Islam. Selain menjadi waktu untuk kita perbanyakkan ibadah, bulan ini juga dimeriahkan lagi dengan jualan bazaar Ramadan yang menawarkan pelbagai aneka juadah untuk berbuka puasa.
Untuk bulan puasa tahun ini, bazaar Ramadan di Selangor dilihat cukup rancak. Tambahan pula, pelbagai kelonggaran telah diberikan selaras dengan peralihan ke fasa endemik pada awal April ini.
Tanpa membuang masa, jom kita lihat bazaar Ramadan terbaik di Selangor yang wajib anda kunjungi !
Dikatakan antara bazaar Ramadan paling best di Shah Alam, dari jauh anda boleh kenalpasti lokasinya kerana ianya cukup besar dan berdekatan dengan stadium !
Kalau nak tahu, bazaar ini merupakan lokasi Chef Ammar berniaga nasi arab dan lamb shank yang viral tu !
Bukan sahaja besar, malah tapak bazaar ini juga menawarkan tempat letak kereta yang teratur dan selamat.
Antara makanan yang wajib dibeli di sini adalah pelbagai jenis kuih muih dan minuman yang menyegarkan, pasta, laksa, kambing bakar dan sebagainya.
Alamat : Tapak Parkir E1 E2 Stadium Shah Alam 40100 Shah Alam, Selangor
Tak kurang hebatnya dengan bazaar Ramadan di Seksyen 13, bazaar di Taman Melawati pula merupakan antara bazaar Ramadan terbesar di kawasan Lembah Klang.
Apa sahaja makanan yang terlintas di fikiran anda pasti ada terjual di sini ! Selain pilihan makanan yang cukup banyak di sini seperti ayam percik, tauhu bakar dan nasi lemak. Kalau nak tahu, bazaar Taman Melawati juga cukup popular dengan hidangan nasi kerabu!
Alamat : Bazar Melawati, Jalan Negara, Taman Melawati, Selangor
Setibanya anda di Bazaar Ramadan USJ 4, anda pasti akan terpikat dengan aroma ikan bakar yang menyambut kedatangan pengunjung.
Bazaar ini juga popular di kalangan pengunjung yang ingin mencari aneka lauk-pauk untuk dipadankan bersama nasi putih.
Alamat : Jalan USJ 4/5, USJ 4, 47600 Subang Jaya, Selangor
Bazaar ini juga pula tak kurang hebatnya dengan jualan pelbagai makanan dan minuman. Antara makanan yang menjadi trademark bagi bazaar ini adalah Nasi ambeng yang dihidangkan bersama ayam goreng, ayam soya atau rendang daging.
Selain itu, makanan yang turut menjadi rebutan pengunjung di sini adalah sambal ikan cencaru, makanan Cina dan India yang dijamin halal serta aneka hidangan bakar.
Alamat : Jalan SS 6/1, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Satu lagi bazaar Ramadan terbaik di Selangor yang anda boleh kunjungi adalah di Greenwood, Gombak.
Bazaar ini sentiasa meriah dengan kunjungan orang ramai yang mencari hidangan lazat untuk berbuka puasa. Antara makanan iftar yang popular di sini adalah popia basah, ikan dan ayam bakar serta pelbagai jenis kuih muih tradisional.
Alamat : Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor
Kewujudan bazaar ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap kali tibanya bulan Ramadan, orang dari merata tempat sanggup untuk datang ke sini bagi menikmati santapan lazat untuk berbuka puasa.
Namun, bagi yang baru pertama kali ingin ke sini, anda perlulah bersedia untuk beratur bersama pengunjung lain !
Alamat : Teluk Pulai (Simpang Empat) 41250 Klang, Selangor
Jika anda tak tahu nak makan apa untuk berbuka puasa, datanglah ke Bazaar Ramadan Seksyen 17/A ! Di sini anda pasti rambang mata dengan aneka hidangan yang serba lazat seperti ayam claypot, roti john dan tepung pelita.
Alamat : 92, Jalan 17/1a, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Bazaar Ramadan TTDI Grove sudah tidak asing lagi buat pengunjung yang inginkan santapan enak semasa berbuka puasa. Bazaar ini mendapat sambutan yang baik kerana lokasinya yang strategik serta harga makanan yang dijual cukup berpatutan.
Antara hidangan menarik yang boleh didapati di sini adalah nasi tomato, nasi hujan panas dan nasi padang.
Alamat : Jalan TTDI Grove, 43000, Kajang, Selangor
Selain lokasi bazaar Ramadan yang disenaraikan di atas, sebenarnya terdapat lebih 200 bazaar Ramadan yang anda boleh kunjungi di sekitar Selangor.
Untungnya orang Selangor dapat kunjungi banyak bazaar Ramadan pada tahun ini !
Apapun selamat berkunjung ke bazaar dan jangan lupa untuk sentiasa patuhi SOP ketika berada di kawasan sesak.