Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beg Kertas McDonalds Mudah Koyak & Selalu Bocor, Ramai Warganet Minta Sediakan Beg Kertas Yang Lebih Berkualiti.

Beg Kertas McDonalds Mudah Koyak & Selalu Bocor, Ramai Warganet Minta Sediakan Beg Kertas Yang Lebih Berkualiti.

Kategori:
beg kertas mcdonalds

McDonalds merupakan salah satu restoran rangkaian makanan segera yang terbesar di dunia. Setiap negara pasti akan ada restoran milik mereka ini. Boleh dikatakan ia merupakan antara makanan segera pilihan pertama rakyat Malaysia dan rakyat negara lain.

Setiap hari, restoran-restoran Mcdonalds ini sentiasa penuh dengan orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila keluarnya menu baharu. Hebatnya McD ini kerana orang ramai tidak jemu-jemu untuk menikmatinya. Walaupun begitu, masih banyak servis yang disediakan oleh pihak mereka ini tidak dapat memuaskan hati pelanggan.

Beg kertas McDonalds agar nipis dan mudah koyak..

Terbaharu pula timbul isu berkenaan dengan beg kertas. Kebiasaanya beg kertas McD ini agar nipis dan mudah koyak. Lebih-lebih lagi apabila beg kertas berkenaan basah. Basah tersebut berlaku kerana air sejuk yang berpeluh.

Disebabkan air sejuk yang berpeluh itu apabila ia diangkat akan berderai kerana plastik berkenaan sudah tidak dapat menampung berat cawan. Maka tumpahlah semua air atau makanan. Pastinya ramai yang melalui masalah yang sedemikian rupa.

Menerusi perkongsian dari Ahmad Nur Hakeem menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni berkenaan dengan isu paper beg ini ianya telah mendapat perhatian ramai. Isu tersebut timbul selepas pemilik akaun Twitter iaitu Ayah Alma memuatnaik ciapan berkenaan dengan paper bag ini.

Pernah kena banyak kali dengan McD

Air sejuk yang berpeluh tu basahkan paper bag. Bila angkat berderai semua jatuh sebab koyak tak leh tampung berat cawan. Pernah kena banyak kali dengan McD tapi sebab GrabFood or foodpanda yang hantar agaknya orang tak complaint dengan McD kot. 

Ekoran itu, ramai warganet yang turut menceritakan pengalaman masing-masing berkenaan dengan paper bag dari McD ini. Malah ada juga yang meminta agar pihak Mcd mengambil tindakan dan menyediakan beg kertas yang lebih berkualiti.

Selain dari itu, ada salah seorang pekerja McD sempat bercerita mengenai pengalamannya sewaktu bekerja dengan McD dahulu. Katanya, dia suka letak dalam beg kertas dan kemudian bungkus dengan plastik. Namun tindakannya itu ditegur oleh pengurusnya kerana ianya adalah satu pembaziran kerana plastik berkenaan agak mahal.

Dulu kerja McD..

Senang sangat koyak..

Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang sempat memberi tunjuk ajar mengatakan beg kertas ini tidak boleh pegang pada bahagian atas. Namun perlu pegang pada bahagian bawah.

Benda mudah jangan menyusahkan..

 

Semoga pihak McDonalds menambah baik servisnya selepas ini. Buat korang pula, ada baiknya kalau setiap kali membeli makanan dari McD ini, pegang atau tampung bahagian bawah.

Kredit: Ahmad Nur Hakeem & Ayah Alma

Baca juga: Wanita Makan Ayam Goreng MCD 3x Spicy Sampai Tercirit Akhirnya Olah Ayam Kepada Masakan Lain

 

tags: |