Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengingatkan rakyat agar tidak panik dan risau berkenaan kekurangan bekalan bahan asas susulan penularan COVID-19 ketika ini kerana bekalan di Malaysia mencukupi.
Jelasnya, beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) untuk memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang penularan pandemik COVID-19.
Tambah Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi, beliau akan membincangkan perkara ini.
Rakyat diminta jangan terlalu risau kerana beliau sudah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memastikan bekalan mencukupi.
Meskipun berlalu ‘pembelian panik’ sejak beberapa hari lalu akibat penularan berita palsu berkenaan ‘lockdown’, masyarakat diingatkan agar membeli barangan kerperluan sahaja.
Dibawah merupakan sebab kenapa kita tidak perlu membuat pembelian panik.
Masyarakat juga diminta jangan mementingkan diri sendiri.
Kerana mungkin ada sebahagian yang datang jauh dari pedalaman, orang-orang tua ataupun orang kurang upaya kerana mahu membeli barang keperluan, namun mereka terpaksa beresak-esak kerana terlalu ramai orang.
Pembelian panik juga boleh menyebabkan penyebaran Covid-19 dalam situasi yang ramai itu.
Sumber: Astro Awani