Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Selepas Kerjaya Bola Sepak, Trio Bekas Pemain Bola Sepak Perak Ini Ceburi Bidang Perniagaan Makanan Hingga Tarik Perhatian Ramai

Selepas Kerjaya Bola Sepak, Trio Bekas Pemain Bola Sepak Perak Ini Ceburi Bidang Perniagaan Makanan Hingga Tarik Perhatian Ramai

Kategori: ,
bidang perniagaan makanan

Sebelum ini Amirul Azhan Aznan serta Nazirul Naim Che Hashim merupakan gandingan bek kanan dan kiri yang menjadi tunjang kekuatan Perak dalam saingan Liga Malaysia sekitar 2016 hingga 2021.

Menurut sumber Oh My Perak! Duo tersebut juga mengecapi nikmat selaku juara Piala Malaysia 2018 dan naib juara Piala FA 2019 serta turut pernah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan.

Manakala pemain sayap lincah, Mohamad Hafiz Ramdan pula turut menganggotai skuad Perak bermula 2014 hingga 2017 dan kemudiannya berhijrah ke PKNP FC.

Selepas Kerjaya Bola Sepak, Trio Bekas Pemain Bola Sepak Perak Ini Ceburi Bidang Perniagaan Makanan Hingga Tarik Perhatian Ramai

Namun, karier sebagai pemain bola sepak pada ketika ini memang agak keras dan mencabar tambahan dengan isu tunggakan gaji, kecederaan dan sebagainya.

Keadaan itu membuatkan Amirul Azhan, Nazirul dan Hafiz  mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan penuh kepada ‘karier’ baharu mereka iaitu perniagaan kedai makan.

Ia sebenarnya bukanlah asing buat Amirul Azhan kerana beliau sudah menjalankan perniagaan dengan membuka kedai menjual makanan ketika bergelar pemain profesional lagi.

Malah, perniagaan kedua-dua bekas pemain ini juga tular di negeri Perak khususnya pada bulan Ramadan lalu.

Seperti dilaporkan laman Facebook Oh My Perak, Amirul Azhan (The Makcik.co) memfokuskan kepada penjualan nasi lemak daun pisang dengan pelbagai pilihan lauk.

Manakala Nazirul Naim pula memilih kopi sebagai hidangan istimewa di kedainya. Kopi Areng dan Smash Green Tea menjadi menu istimewa.

Selain kopi, kedai yang dinamakan Coffee Street 21 itu turut menjual Jelly Ball, Aiskrim Malaysia, Soft Cookies dan Megi Tumis.

Sementara itu bekas rakan sepasukan mereka di Perak, Mohamad Hafiz Ramdan pula mengusahakan perniagaan burger (Pattyloka) di mana ‘Smash Beef Burger with Onion’ merupakan antara kegemaran ramai.

Kedai Ketiga-Tiga Sabahat Ini Bertapak di Kawasan Taman Dr Seenivasagam, Ipoh

Kedai ketiga-tiga sahabat ini bertempat di kawasan Taman DR Seenivasagam, Ipoh yang dinamakan ‘PIKNIK’ dengan konsep santai sambil menghirup udara alam sekitar.

Terdapat banyak lagi kedai yang dibuka untuk memberikan lebih pilihan kepada pengunjung.

Difahamkan PIKNIK dibuka sejak jam 6.00 petang hingga 11 malam pada setiap hari Selasa hingga Ahad.

Selain bersama Perak, Amirul Azhan turut pernah menyarung jersi Kedah Darul Aman FC dan Harini FT.

Nazirul Naim pula sebelum kembali ke negeri kelahirannya pernah menabur bakti buat Harimau Muda A, Harimau Muda B dan Ryukyu FC di Jepun.

Meninggalkan Perak pada 2021, beliau kemudianya memilih Sabah dan KL City FC manakala Hafiz Ramdan turut pernah menyarung jersi Sri Pahang, Negeri Sembilan dan Putrajaya Athletic.

Sumber: Oh My Perak & The Vocket

Baca juga: Dituduh Jual Set Sate Harga Mahal Di Festival Makanan, Mark Adam Tampil Beri Penjelasan & Kira-Kira

tags: |