Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nak Marah Dah Order..” – Beli Air Milo Saja Tapi Kena Bayar RM19, Wanita Ini Terkilan Dengan Caj Yang Mahal

“Nak Marah Dah Order..” – Beli Air Milo Saja Tapi Kena Bayar RM19, Wanita Ini Terkilan Dengan Caj Yang Mahal

Kategori:
beli air milo

Siapa saja yang tak kenal dengan Air Milo. Minuman itu sangat disukai di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dinikmati pada bila-bila masa. Samada buat sendiri atau dibeli dari kedai, Air Milo memang menjadi pilihan ramai.

Tapi ada kalanya rasa Air Milo dari kedai makan adalah lebih sedap dari yang ada di rumah. Bila mengidam, ada sahaja yang sangup beli dari dibuat sendiri. Namun, pelanggan perlulah berhati-hati, terutama jika membeli melalui atas talian. Ini kerana harganya akan menjadi jauh lebih mahal.

Beli Air Milo Saja Tapi Kena Bayar RM19, Wanita Ini Terkilan Dengan Caj Yang Mahal

Terbaharu, seorang wanita, imaninaaaaa._ memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi rasa terkilan dengan caj mahal yang telah dikenakan ke atas dirinya.

Oleh kerana teringin, wanita itu memesan secawan Air Milo kecil sahaja dari restoran makanan segera terkenal, McDonald’s dengan menggunakan aplikasi penghantaran makanan yang terkenal.  beli air milo

Namun, wanita itu terkejut apabila melihat harga yang telah dikenakan. Beli Air Milo sahaja tapi terpaksa membayar RM19.50. Ini kerana aplikasi itu mengenakan pelbagai caj dan cukai. beli air milo

Walaupun agak mahal, wanita itu terpaksa akur gara-gara teringin namun dia tetap berasa terkilan dengan harga yang telah dikenakan.

Di ruangan komen, orang ramai turut terkejut dengan harga yang telah dikenakan. Menurut seorang pengguna, Bakasta, beli Air Milo sahaja tapi harganya sangat melampau. Kalau teringin pun, seeloknya belilah dari kedai yang berdekatan untuk elak dikenakan caj yang berlebihan.

“Bapak Mahal! Beli Milo Sahaja Pun..” beli air milo

Memang kalau teringin, harga kayangan pun sangup bayar tapi jika anda ingin berjimat-cermat, elaklah membeli dari kedai menerusi aplikasi perkhidmatan makanan. Ini kerana terdapat caj lain yang perlu dibayar.

Nak mudah dan jimat, ambil satu pek Milo dan buat sendiri sahaja di dapur. Kan lebih mudah dan jimat duit?

Baca Juga: Makan Udang Frozen, Wanita Ini Terus Hilang Selera Sebab Rasa Yang Sangat Pelik

tags: | |