Aiskrim Malaysia merupakan antara pencuci mulut yang bertaraf legend di kalangan rakyat negara ini. Terkenal di zaman 90-an sehingga awal tahun 2000, ia terutamanya popular di kalangan murid sekolah.
Meskipun begitu, snek sejuk itu masih lagi mempunyai tempat di hati orang ramai. Malah, terdapat ramai peniaga kecil yang menjualnya dan mengeluarkan macam-macam perisa.
Namun, hati-hati dan periksa dahulu sebelum memakannya kerana anda mungkin terjumpa sesuatu yang aneh!
Seperti mana yang telah menimpa ke atas seorang individu dan telah dikongsikan dalam sebuah video yang telah dimuat naik di akaun ctyah88 di TikTok.
Terjumpa Aiskrim Malaysia perisa Choki-Choki, wanita itu membeli satu plastik untuk dicuba. Sedap dimakan, dia mula menyedari sesuatu yang aneh apabila tergigit benda seakan plastik.
Bila diperiksa, dia terkejut bila melihat satu plastik choki-choki yang ada. Ingatkan dicampur dalam aiskrim tapi rupanya pembuat itu terus meletakkan satu lidi coklat itu terus.
Melihat perkara itu, dia juga tak menyangka dapat aiskrim begini dan rasa seperti tidak sampai hati ingin mengajukan perkara itu pada peniaga.
@ctyah89 rasa pekat ditekak pnuh coklat tiba2🤔
@ctyah89rasa pekat ditekak pnuh coklat tiba2🤔♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa
Menjengah di ruangan komen, orang ramai bukannya mengecam tapi sebaliknya terhibur dengan penemuan tersebut. Kata seorang pengguna, wanita itu beruntung kerana beli satu terus dapat percuma satu iaitu Choki-Choki itu.
Manakala usik seorang lagi pula, “Wow! Original Choki-Choki!”, terkejut dapat rasa gula-gula itu yang asli terus dalam aiskrim tersebut.
Tentunya kita juga akan terkejut jika terjumpa satu lidi Choki-Choki dalam aiskrim, kan? Baru sahaja syok makan, terus potong mood bila tergigit plastik tersebut.
Walau apapun, semoga pembuat aiskrim itu lebih berhati-hati semasa membuatnya kerana segelintir pelanggan sangat cerewet dan tak suka bila perkara ini berlaku.
Kredit: ctyah88
Baca Juga: Jumpa Lelaki Bertongkat Jual Tisu & Pelitup Muka Di Luar Kedai, Lelaki Ini Sebak & Terus Bantu