Siapa pernah membeli ayam di gerai, pasar atau tempat-tempat khas menjual ayam dalam kuantiti yang banyak? Bagi sesiapa yang pernah pasti mereka pernah mengalami pengalaman di mana bahagian ayam ada yang tidak cukup. Mungkin jika beli seekor dua tidak mengalami pengalaman tersebut tetapi bagi yang membeli ayam dalam kuantiti yang banyak pernah mengalami situasi tersebut.
Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang wanita yang di laman facebook MATJHI yang mana menarik perhatian netizen apabila dia kehairanan kerana selalu membeli ayam tidak lengkap pasangannya. Dia membeli 5 ekor ayam tetapi dia dapati kaki ayam yang dibeli olehnya itu tidak cukup sepasang.
Di dalam postingan tersebut juga dia bertanya adakah sesiapa pernah mengalami pengalaman yang sama seperti dia. Pengalaman yang dianggap misteri olehnya itu membuatkan dia kehairanan.
Tetapi rata-rata warganet meninggalkan komen yang agak kelakar seperti menceritakan pengalaman masing-masing dan menganggap itu adalah perkara yang tidak penting dan tidak perlu mengambil serius.
Kredit: Rohayah Ropa Via MATJHI