Daging ayam sering mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna. Meskipun harganya telah meningkat berbanding dahulu dan belum lagi menunjukkan penurunan, ramai yang tetap membelinya.
Namun ketika musim perayaan di mana permintaannya lebih melonjak, ada segelintir peniaga yang akan mengambil kesempatan dengan menjualnya dengan harga yang jauh lebih mahal dari biasa. Perkara itu jelas menjadi satu masalah besar buat pembeli.
Berlaku pada beberapa hari sebelum Hari Raya, seorang lelaki alif_haika1 ke sebuah pekan berhampiran untuk mendapatkan bekalan daging ayam untuk menyambut perayaan yang bakal tiba.
Ingin bersiap sedia dan mempunyai lauk yang cukup untuk menyambut tetamu yang bakal datang untuk beraya, dia memutuskan untuk membeli 3 ekor ayam terus untuk disimpan dan dimasak kemudian.
Tapi dia tidak menyangka bahawa harga ayam dinaikkan dengan begitu tinggi pada ketika itu! Hanya membeli 3 ekor ayam sahaja, lelaki itu dikenakan RM105.
Mengeluh dengan perkara tersebut, dia bagaimanapun cuba memahami bahawa mungkin musim perayaan yang semakin menghampiri telah mempengaruhi kenaikkan harga barangan tapi patutkah peniaga menaikkannya sehingga begitu sekali?
@alif_haika1 beli ayam 10 eko dekat Rm500 🤣 kayangan 🤣
@alif_haika1beli ayam 10 eko dekat Rm500 🤣 kayangan 🤣
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut melihat harga yang telah dikenakan. Terlampau mahal, menurut beberapa orang pengguna seperti Rezwan Samsuri; meskipun sekarang musim perayaan tapi harga ayam di tempatnya masih lagi kekal RM8.90 sekilo.
Manakala ada juga yang berasa bahawa peniaga tersebut sengaja mengambil kesempatan dan aduan perlu dilakukan secepat mungkin.
Memang tak dinafikan harga barangan akan meningkat ketika musim perayaan tapi para peniaga janganlah pula sesuka hati menaikkan harga barangan. Hal itu boleh menjejaskan pembeli.
Kredit: alif_haika1
Baca Juga: “Memang Akan Ketuk Harga..” – Peniaga Jual Lobster RM300, Lelaki Ini Tak Tahan Kena Paksa Beli