Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Memang Dah Nak Expired..” – Beli Ayam Perap Harga Diskaun, Wanita Ini Kesal Dapat Yang Busuk

“Memang Dah Nak Expired..” – Beli Ayam Perap Harga Diskaun, Wanita Ini Kesal Dapat Yang Busuk

Kategori: ,
Ayam Perap Harga Diskaun

Keadaan ekonomi sekarang memaksa orang ramai untuk berjimat-cermat dalam perbelanjaan harian. Keperluan dapur juga perlu ditapis dan ramai hanya membeli barangan yang perlu supaya tidak membazir.

Tapi seperti manusia biasa, kita juga ada keinginan untuk membeli sesuatu yang memuaskan hati. Lebih-lebih lagi jika ada diskaun dan potongan harga di pasaraya, tentu kita tidak akan berfikir panjang dan terus mengambilnya.

Namun perlulah berwaspada kerana tak semua barangan yang telah dijual pada harga diskaun adalah berbaloi. Murah itu murah tapi jika ianya rosak, kita juga yang kerugian seperti yang dialami wanita ini.

“Memang Dah Nak Expired..” – Beli Ayam Perap Harga Diskaun, Wanita Ini Kesal Dapat Yang Busuk

Mengunjungi sebuah pasaraya besar bagi tujuan mencari barangan dapur, seorang wanita adirafitis menyedari bahawa ia sedang mengadakan diskaun sehingga 50% untuk ayam perap.

Berminat untuk cuba, dia terus mengambilnya lebih-lebih lagi dengan potongan harga sehingga sebegitu, tak rugi pun. Setelah dibayar, dia berasa teruja untuk menikmatinya. Ayam Perap Harga Diskaun

Dibakar dalam oven, wanita itu bagaimanapun menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan pada ayam yang baru sahaja siap dimasak. Terhidu bau yang kurang menyenangkan, dia terus memeriksa ayam tersebut. Ayam Perap Harga Diskaun

Dibelah untuk melihat isinya, dia berasa terkilan apabila melihat dalaman ayam itu kelihatan rosak dan mula berwarna gelap, menandakan ia tidak segar ketika dibeli.  Ayam Perap Harga Diskaun

Kecewa dengan perkara tersebut, dia mengeluh dengan kejadian malang ini dan akui mungkin silapnya kerana berani memilih makanan diskaun.

https://www.tiktok.com/@adirafitis/video/7129515457920519451?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@adirafitis Nasib #rakyatmarhein gini la selalunya kan #aeonbig sian kita tau.. barang murah tu mmg kena guna barang yg x elok ek? Kalau baju takpe awak.. ni makanan.. ok la salah kita la tu kot pilih makanan yang #diskaun ♬ original sound – Iedayah Muda

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berkongsi keluhan yang sama. Ada yang menasihati wanita itu untuk lebih berhati-hati kerana selalunya makanan yang dijual pada harga potongan di pasaraya telah hampir dengan tarikh luputnya.

Hati-Hati Bila Beli Makanan Diskaun Ayam Perap Harga Diskaun

Tambahan pula, perkara sebegini juga yang membuatkan segelintir pembeli menggelakkan membeli ayam perap kerana risaukan kualitinya.

Ramai Takut Beli Ayam Perap Di Pasaraya Ayam Perap Harga Diskaun

Sebagai pembeli, kita tentu berasa kecewa apabila perkara ini terjadi. Rasa sangat rugi dan jika lalai dan tersalah makan, tentu kesihatan kita juga yang akan terjejas.

Semoga pihak pasaraya lebih teliti dan mengelakkan perkara ini dari berulang lagi.

Kredit: adirafitis

Baca Juga: “Aku Jeles Tengok..” – Lelaki Selamba Bergurau Dengan Ayah, Netizen Cemburu Melihat Hubungan Mereka

tags: | |