Bagi sesetengah orang, daging ayam merupakan bahan mentah yang wajib ada di dalam peti ais. Walaupun harga ayam baru sahaja meningkat baru-baru ini, permintaan masih lagi tinggi buatnya. Ia juga sesuai dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis resepi.
Kerana sering dimasak, sudah tentu ia akan cepat kehabisan. Oleh itu, para ibu akan sentiasa ke pasar untuk membelinya. Jika dibeli seekor ayam dari peniaga kecil, hal itu lebih mudah. Jimat masa dan wang, peniaga itu akan memotong ayam itu kepada beberapa bahagian untuk ditimbang dan dibeli pelanggan. Namun jika pelanggan tidak berhati-hati, kadang-kadang peniaga akan tersalah bagi sesuatu seperti yang terjadi pada wanita ini.
Terbaru, seorang wanita baru sahaja pulang dari pasar untuk membeli seekor ayam dari seorang peniaga kecil. Setelah ayam itu dipotong oleh peniaga di sana, wanita itu hanya perlu membersihkannya sebelum disimpan di dalam peti ais.
Dibawa ke sinki dapur untuk dicuci, dia mula menyedari sesuatu yang pelik. Membeli seekor ayam, dia hairan bagaimanapun boleh ada tiga bahagian peha yang telah diberikan. Hal itu tidak disedari olehnya ketika membeli dan dia juga berasa hairan dengan perkara tersebut. Bukan ke seekor ayam cuma ada dua peha sahaja, jadi bagaimana perkara sebegitu boleh terjadi?
@combatbodyfitness Beli Ayam sekor,daj sampai rumah baru perasan peha 3 dia ketul..ape ke pelik harini..#kamisempoi #salute #fyp #foryoupage
@combatbodyfitness Beli Ayam sekor,daj sampai rumah baru perasan peha 3 dia ketul..ape ke pelik harini..#kamisempoi #salute #fyp #foryoupage ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Bila menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai berasakan hal itu mungkin kerana wanita itu telah membeli ayam yang mempunyai tiga peha atau yang telah mutasi. Namun, ada juga yang berasakan perkara itu adalah kerana peniaga mungkin ingin bersedekah atau mencukupkan timbangan bagi memudahkan pengiraan.
Sesiapa sahaja akan berasa hairan apabila mendapat tiga peha ayam, kan? Maklumlah ayam yang nornal cuma mempunyai dua peha, jadi dari mana peha yang lagi sana itu? Mungkin betulnya juga kata segelintir pihak yang berasakan yang lebih itu sengaja diletakkan oleh peniaga untuk mencukupkan timbangan atau sengaja disedekahkan.
Kredit: TikTok combatbodyfitness
Baca Juga: “Comel Weh..” Pakai Baju Design Beras Faiza, Ramai Yang Terhibur Ingat Pakai Plastik Beras