Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Menangis Nak Makan..” – Beli Buah Blueberry Tak Tengok Harga, Wanita Ini Menyesal

“Menangis Nak Makan..” – Beli Buah Blueberry Tak Tengok Harga, Wanita Ini Menyesal

Kategori:
buah blueberry

Harga barang yang semakin meningkat membebankan pengguna. Sambil menantikan solusi, ramai di antara kita memilih untuk berjimat-cermat dan mengawal perbelanjaan harian mereka.

Membeli barangan mengikut bajet yang telah ditetapkan, barang-barang perlu diperiksa secara teliti supaya tidak tersalah beli. Kalau mahal, sudah tentu perkara itu akan membebankan diri sendiri dan perancangan kewangan yang telah ditetapkan.

“Menangis Nak Makan..” – Beli Buah Blueberry Tak Tengok Harga, Wanita Ini Menyesal

Perkara malang terjadi pada seorang pengguna, titirusli yang tidak berhati-hati dan membeli barangan sesuka hati tanpa melakukan penelitiaan yang baik. Mengunjungi sebuah pasar raya bagi mendapatkan barang keperluan, dia menemui satu pek buah blueberry. buah blueberry

Berminat untuk dicuba, wanita itu terus mengambil satu pek tanpa menghiraukan harga. Kerana buah, dia menyangka bahawa makanan yang dibeli akan tetap murah.

Namun apabila di kaunter untuk melakukan pembayaran, wanita itu terkejut apabila melihat harga yang perlu dibayar. Tak sangka jumlah yang perlu dibayar adalah 199,900 Rupiah (bersamaan dengan RM59), buah tersebut ternyata lebih mahal dari sangkaannya. buah blueberry buah blueberry

Meskipun begitu, dia tetap membayar dan membelinya. Tapi oleh kerana terlari bajet dan terlalu mahal, wanita itu tegas ingin berjimat-cermat ketika memakan buah tersebut.

@titiruslimakannya sehari 1 butir 😂♬ are you ready? – boygmg_

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut apabila melihat harga yang perlu dibayar. Mencecah RM50 lebih, orang ramai berasakan ia terlalu mahal. Malah, seorang pengguna, The wulan berasakan bahawa harga buah itu lebih mahal berbanding di pasar raya negara Singapura.

Buah Lebih Mahal Banding Dari Pasar Raya Singapura, Ramai Terkejut buah blueberry

Lain kali sebelum membeli, jangan terlalu yakin dan periksa dahulu harga setiap barangan. Hal ini penting bagi anda yang ingin berjimat-cermat dan menjaga perbelanjaan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Kredit: titirusli

Baca Juga: Resepi Dan Cara Buat Nasi Impit Lembut Serta Tidak Mudah Basi! Senang, Harus Cuba!

tags: | | |