Menjadi peniaga bukanlah sesuatu yang mudah namun bukan juga sesuatu yang susah. Setiap pekerjaan pasti ada kesusahan dan kepayahannya tersendiri. Namun apabila berniaga ini kita kena ingat satu benda, sentiasa jaga pelanggan. Apa yang kita sediakan adalah yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan.
Itu pun kalau kita nak kekal lama dalam peniagaan. Tidak kiralah apa sekalipun, lebih-lebih lagi jika berniaga makanan. Namun sejak kebelakangan ini banyak kedengaran mengenai peniaga makanan tidak ikhlas dalam berniaga. Ada yang menjual makanan yang tidak cukup ada juga yang menjual makanan yang dah basi dan berkulat.
Seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita di aplikasi TikTok di mana dia telah membeli burger. Namun sungguh mengejutkan apabila roti burger yang dibelinya sudah berkulat di bahagian bawah. Menerusi video tersebut dapat dilihat rupa roti berkenaan yang ditumbuhi kulat.
Malah lebih teruk lagi, roti tersebut bukan sahaja ditumbuhi kulat yang berwarna hitam namun turut ditumbuhi kulat yang bewarna hijau. Situasi tersebut membuatkan dia berasa agak marah dan bertanya apakah yang patut dia lakukan, pergi hantar semula atau diamkan sahaja.
https://www.tiktok.com/@syairahayunikelana0/video/7042109247101930778?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@syairahayunikelana0♬ bunyi asal – Syairah Ayuni Kelana
Ekoran itu, rata-rata warga TikTok meminta agar wanita ini pergi hantar balik. Malah dalam masa yang sama ada juga yang meninggalkan komen untuk menyaman peniaga berkenaan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan burger tersebut pasti yang sudah siap bungkus dan dibeli dari rnr.
Di samping itu ada juga warga TikTok yang mengatakan burger tersebut mungkin sudah 2 atau 3 hari melihat kepada rupa bentuknya yang sudah berkulat itu.
Sepatutnya kejadian sebegini rupa tidak patut terjadi. Nasib juga wanita ini ternampak dan perasan tentang keadaan roti tersebut. Kalau tak memang dah sakit perut. Walaubagaimanapun, kita tidak tahu apa masalah sebenar peniaga berkenaan, mungkin dia tak perasan.
Kredit: TikTok Syairah Ayuni Kelana
Baca juga: Tergigit Sesuatu Yang Busuk Ketika Makan Burger, Rupanya Ia Jari Penyembelih Lembu Yang Terputus