Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Tergigit Sesuatu Yang Busuk Ketika Makan Burger, Rupanya Ia Jari Penyembelih Lembu Yang Terputus

Tergigit Sesuatu Yang Busuk Ketika Makan Burger, Rupanya Ia Jari Penyembelih Lembu Yang Terputus

Kategori:
tergigit jari manusia ketika makan burger

Seorang wanita yang dikenali sebagai Estefany Benitez melalui saat yang memeritkan apabila terjumpa jari manusia ketika menikmati hidangan burger. Hal tersebut terjadi di salah sebuah restoran makanan segera kegemarannya di Bolivia.

Menurutnya, sewaktu sedang menikmati burger berkenaan, dia merasakan satu objek yang keras. Apabila dia keluarkan dari mulutnya, alangkah terkejutnya apabila objek keras tersebut adalah jari manusia.


Kemudian dia bertindak memuat naik satu video di media sosial di mana dia sedang berhadapan dengan pekerja di restoran berkenaan bagi mengetahui bagaimana kejadian menggelikan ini boleh berlaku. Namun pekerja berkenaan seakan tidak peduli dan mengatakan bahawa perkara seperti ini tidak pernah terjadi sebelum ini.

Rupanya ia adalah jari pekerja penyembelihan

Menurut Jorge Silva, Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna. Jari yang ditemukan itu adalah jari milik salah seorang pekerja di pusat penyembelihan. Pekerja penyembilahan tersebut dipercayai kehilangan dua jari dalam satu kemalangan ketika memotong daging dengan mesin pemotong.

Tambah Jorge Silva lagi, pekerja yang cedera itu kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan dan jari yang terputus itu dipercayai dibuang selepas kejadian.

Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama yang terjadi malah sebelum ini kejadian yang hampir sama juga turut berlaku, Kementerian Sumber Manusia juga turut mengarahkan semua operasi di pusat sembelihan tersebut dihentikan sehingga mereka dapat membuktikan pekerja mereka terlatih untuk mengendalikan mesin.

Sumber: Metro.uk

Baca juga: Senarai Lubuk Makanan ‘Thai’ Korang Boleh Beli Di Shopee, Burger Tu Wajib Beli!

tags: