Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beria Beli Coklat Di Cameron Highlands, Akhirnya Lelaki Ini Kena Scam Dengan Peniaga!

Beria Beli Coklat Di Cameron Highlands, Akhirnya Lelaki Ini Kena Scam Dengan Peniaga!

Kategori:
CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands merupakan lokasi pelancongan yang sangat dikenali. Bukan sahaja sering menerima pengunjung warga asing, ia juga menjadi tumpuan bagi pelancong tempatan untuk meluangkan waktu dan bercuti bersama keluarga.

Mempunyai pelbagai pilihan teh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, pelbagai produk makanan juga boleh dibeli di sana. Sering dikunjungi pelancong, hal itu membuka ruang bagi sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dan melakukan penipuan. Seperti mana yang terjadi pada seorang individu yang kurang bernasib baik apabila ditipu oleh seorang peniaga ketika dia ke sana baru-baru ini.

Beli Coklat Di Cameron Highlands, Akhir Sekali Kena Tipu

Peristiwa malang terjadi pada seorang lelaki yang berasa terkilan setelah ditipu ketika dia membeli beberapa kotak coklat di Cameron Highlands. Berkongsi pengalaman tersebut menerusi akaunnya di laman TikTok, fariddanielxx, berasa kecewa setelah membuka setiap kotak yang dibelinya oleh seorang peniaga ketika di sana.

Bukan satu atau tiga kotak, malah banyak yang telah dibeli dan dibawa pulang olehnya. Apabila membuka salah satu yang telah dibeli, lelaki itu terkejut lalu memeriksa yang lain. Mendapati jumlah coklat adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan mana-mana coklat yang dijual di pasaraya, lelaki itu kecewa dengan peniaga yang telah mengambil kesempatan dan menipunya. CAMERON HIGHLANDS

@fariddanielxx

Kene scam dengan cina cameron 💔 #fyp #cameronhighland

♬ Oh No – Kreepa

@fariddanielxx Kene scam dengan cina cameron 💔 #fyp #cameronhighland ♬ Oh No – Kreepa

Menjengah di ruangan komen, hal itu juga pernah terjadi pada segelintir warganet yang pernah ke sana dan ditipu oleh peniaga yang menjual pelbagai produk makanan.

Pernah Terkena.. CAMERON HIGHLANDS CAMERON HIGHLANDS

Ada juga yang hampir terkena tapi tergerak hati untuk memeriksa kandungan produk sebelum dibeli. Hal tersebut dapat menyelamatkan diri dari membazir dan tertipu oleh peniaga yang mengambil kesempatan.

Lain Kali Kena Bijak CAMERON HIGHLANDS

Bila membeli, pastikan anda berhati-hati dan melakukan pilihan yang bijak. Jangan mudah rambang mata dengan produk yang dijual dan harga murah yang diletakkan. Perlu sentiasa berwaspada. Tak kiralah di Cameron Highlands atau mana-mana sahaja, ada sahaja sesetengah peniaga yang akan mengambil kesempatan.

Kredit: TikTok fariddanielxx

Baca Juga: “Dia Ajar Aku Erti Kasih Sayang Sebenar..”, Niat Nak Usik & Rakam Gelagat Kawan Di Kedai Mamak Terus Tak Jadi Bila..

 

tags: | |