Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli Gula-Gula Pelik, Wanita Ini Nasihat Supaya Jangan Makan Tapi Gunakan Untuk Muka

Beli Gula-Gula Pelik, Wanita Ini Nasihat Supaya Jangan Makan Tapi Gunakan Untuk Muka

Kategori: ,
GULA-GULA PELIK

Untuk menarik pembeli, syarikat makanan sudah mengeluarkan pelbagai jenis gula-gula yang menarik tapi pelik. Hal itu supaya pembeli akan berasa tertarik untuk mendapatkannya sekaligus mengajak mereka berkongsi di media sosial mengenainya.

Bukan sahaja perisa, malah perusaha sudah mula kreatif dan mengeluarkan gula-gula dalam pelbagai bentuk dan rupa. Namun, ada juga sesetengah barang yang kelihatan menarik, sama seperti gula-gula yang dijual tapi tak selamat untuk dimakan. Penemuan itu dikongsikan oleh seorang wanita baru-baru ini.

Beli Gula-Gula Pelik, Wanita Ini Nasihat Supaya Jangan Makan Tapi..

Terbaru dikongsikan di laman TikTok, seorang pengguna, nsyifa1011, memuat naik sebuah video dan berkongsi gula-gula pelik yang baru sahaja dibeli olehnya baru-baru ini. GULA-GULA PELIK

Jika dilihat dari luaran, gula-gula tersebut kelihatan normal, sama dengan yang gula-gula yang lain dan dibungkus dengan plastik. Namun wanita itu sempat lagi mempamerkan keajaiban gula-gula tersebut. Membuka plastik, wanita itu terus meletakkannya ke dalam piring kecil. Lalu, dia menuangkan sedikit air. GULA-GULA PELIK

Selang beberapa saat, gula-gula pelik itu terus mengembang menjadi tisu. Menurut wanita tersebut, ianya digunakan untuk segarkan muka dan untuk mengelap tangan.

@nsyifa1011 Jangan makan tau👍🏻🤣 #fyp #fypシ #viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #penang #kedahdarulaman #tisubasah #sajanakcerita #travel ♬ original sound – Adrian HuHu

Menjengah di ruangan komen pula, segelintir warganet turut tertarik dengan produk tersebut. Ada juga yang kagum dengannya dan ingin tahu dimana boleh mendapatkannya.

Menarik Sangat! GULA-GULA PELIK

Lain kali bila anda ingin membeli gula-gula, pastikan anda berhati-hati. Maklumlah sekarang terdapat pelbagai gula-gula pelik di pasaran, takut nanti tertipu pula dan tersalah beli. Pastikan anda membaca label pakej dengan teliti supaya tidak tertukar dengan gula-gula biasa.

Kredit: TikTok nsyifa1011

Baca Juga: “Aku Nak Tengok Dia Happy Je..”, Lelaki Ini Sanggup Tipu Teman Wanita Gara-Gara..

tags: