Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Niaga Macam Kita Nak Makan..”, Wanita Kecewa Beli Karipap Tapi Inti Semua Hangit. Ramai Warganet Tak Puas Hati!

“Niaga Macam Kita Nak Makan..”, Wanita Kecewa Beli Karipap Tapi Inti Semua Hangit. Ramai Warganet Tak Puas Hati!

Kategori:
beli karipap inti semua hangit

Bukan semua namun ada segelintir peniaga makanan yang langsung tidak menitikberatkan tentang kualiti makanan yang dijual. Lebih-lebih lagi peniaga kuih muih di pasar atau di tepi jalan. Asal laku sahaja dan asal dapat wang sahaja kot tujuan mereka menjual ini.

Terbaharu, seperti mana yang berlaku kepada Nur Hafiqah di mana dia telah membeli karipap. Namun kesemua karipap yang dibeli intinya hangit.

Siapa je kan yang boleh makan kalau inti hangit seperti ini. Memang terus tak jadi nak makan. Kecewa? Ya sudah pasti. Kalau sebiji dua sahaja yang hangit tidak mengapa. Ini kalau banyak yang hangit memang kecewa sangat.

Beli karipap semua inti hangit

Ni bukan masak apa tak jadi tapi beli apa tak jadi. Kecewa beli, kalau 1 je hangus takpe. Ni semua hangus. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta para peniaga agar jangan aniaya orang. Kalau boleh buat macam kita sendiri nak makan. Malah ada juga warganet lain meminta agar peniaga tidak panaskan makanan yang tidak habis.

Buat macam kita sendiri nak makan..

Recycle 3-4 hari tanpa rasa bersalah..

Niaga tak berkat..

Semua komen-komen di atas memang benar. Kita sebagai peniaga sebolehnya sediakan masakan yang berkualiti. Baru berkat dan orang pun suka. Jangan sebab nak sangat duit, kualiti makanan yang dijual langsung tidak diendahkan. Kalau tak habis, jangan panaskan dan jangan dijual. Seeloknya sedekahkan kepada jiran-jiran.

Kredit: Nur Hafiqah Via MATJHN

Baca juga: “Terus Mual Nak Muntah..”, Jumpa Kuku Berdaki Dalam Karipap. Ini Respon Padu Netizen!

 

tags: | |