Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli Nasi Lemak ‘Akhir Zaman’, Lelaki Ini Kecewa Habis RM2.50 Tapi Hanya Dapat Dua Tiga Biji Kacang

Beli Nasi Lemak ‘Akhir Zaman’, Lelaki Ini Kecewa Habis RM2.50 Tapi Hanya Dapat Dua Tiga Biji Kacang

Kategori:
Nasi Lemak 'Akhir Zaman'

Nasi Lemak sememangnya pilihan ramai rakyat Malaysia tanpa mengira waktu. Tapi selalunya hidangan itu akan dinikmati ketika sarapan pagi.

Walaupun kebanyakan harga Nasi Lemak sekarang meningkat hingga ke RM7 hingga RM10 satu bungkus, masih ada peniaga di luar sana yang menjual pada RM1 hingga RM3 dalam kuantiti yang sedikit.

Perkara itu tidak menjadi masalah asalkan Nasi Lemak itu cukup ‘sifatnya’ dan sedap untuk dimakan. Tapi lain pula ceritanya bila lelaki ini membeli Nasi Lemak ini.

Beli Nasi Lemak ‘Akhir Zaman’, Lelaki Ini Kecewa Habis RM2.50 Tapi Hanya Dapat Dua Tiga Biji Kacang

Terbaharu, seorang lelaki khairi.amsyar telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi luahan kecewa dengan Nasi Lemak yang baru sahaja dibeli.

Melihat seorang peniaga menjual Nasi Lemak pada RM2.50, dia tidak berfikir panjang dan terus membelinya. Nasi Lemak 'Akhir Zaman'

Namun bila membuka sahaja bungkusan, lelaki itu terkejut bila melihat isi Nasi Lemak ‘Akhir Zaman’ itu. Hanya dihiasi dengan sambal ikan bilis dan beberapa biji kacang tanah, hidangan itu tidak mempunyai telur rebus, hirisan timun dan ikan blis goreng. Nasi Lemak 'Akhir Zaman' Nasi Lemak 'Akhir Zaman'

Meskipun Nasi Lemak itu dibeli dengan harga yang murah, dia tetap berasa kecewa.

@khairi.amsyar

Nasik lemak akhir zaman..🥲 #fyp #food

♬ –

@khairi.amsyar Nasik lemak akhir zaman..🥲 #fyp #food ♬ suara asli – Animasiku

Di ruangan komen, orang ramai turut berkongsi pendapat yang sama dengannya.

Menurut Osman Bakar, “RM1 ke RM1.50 ke boleh terima lagi. Kalau RM2.50 macam ni memang nak pergi Colombia balik hari lah cerita dia.”.

Tak Berbaloi Jual RM2.50, Patut Lebih Murah  Nasi Lemak 'Akhir Zaman'

Sebagai pelanggan tentu kita kecewa apabila makanan yang dibeli tidak memenuhi jangkaan. Tapi sekurang-kurangnya ia tidak terlalu mahal dan sedap dimakan.

Kredit: khairi.amsyar

Baca Juga: IKEA Kembalikan Charcoal Hot Dog Atas Permintaan Ramai, Wanita Ini Cuba & Ini Pendapatnya

tags: | |