Nasi Lemak merupakan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Mudah didapati, ia turut sesuai untuk dinikmati pada bila-bila waktu. Tambahan, ada juga peniaga yang menjualnya pada harga yang murah.
Namun dengan kenaikkan harga barangan dari masa ke semasa, peniaga yang tersempit terpaksa mencari jalan untuk meneruskan perniagaan mereka dan mengurangkan kerugian. Mungkin tindakan peniaga nasi lemak ini merupakan salah satu caranya?
Dalam perjalanan, seorang lelaki zamri54 telah memutuskan untuk berhenti di sebuah RnR untuk mendapatkan rehat. Sambil itu, dia turut terserempak dengan seorang peniaga yang menjual nasi lemak.
Dijual pada harga RM2, lelaki itu membeli satu bungkus untuk mengisi perutnya yang kosong. Namun ketika baru sahaja teruja untuk menikmatinya, dia berasa kecewa dengan nasi lemak yang dibeli.
Walaupun dia faham bahawa harga minyak masak semakin naik tapi patut ke peniaga hanya memberi telur dadar separuh sahaja? Kecil pula tu! Perkara itu membuatnya berasa terkilan dan ada juga sedikit penyesalan kerana membeli meskipun harganya hanya RM2 sahaja.
https://www.tiktok.com/@zamri54/video/7115603214778617115
@zamri54 Ye saya tahu minyak mahal nasi lemak Rm2 🥹 #viral #fypシ #tiktokmalaysia ♬ original sound – zamri badaruddin
Di ruangan komen pula, orang ramai berasa terhibur melihat nasi lemak yang telah dibeli lelaki itu. Menurut pengguna, isaq pachara, mungkin peniaga itu menyediakan lauk dan sambal sedikit supaya pembeli boleh ambil bau nasi sahaja.
Manakala pengguna, lisaozawa berasa bengang dengan tindakan peniaga dan berasakan ia sangat melampau. Seharusnya peniaga perlulah adil ketika menjual.
Mungkin memang betul kenaikkan harga minyak masak menyebabkan peniaga menjual sebegitu. Nasib baik Nasi Lemak tu cuma RM2 sahaja. Kalau RM5 memang mengamuk la orang.
Kredit: zamri54
Baca Juga: “Mana Boleh Naik Suka Hati! ” – Beli Ayam Habis RM105, Lelaki Ini Terkejut Kena Caj Begitu Mahal