Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Tu Seaweed La..”, Lelaki Dakwa Ditipu Sebab Beli Popia Inti Hangit, Namun Ramai Tak Percaya

“Tu Seaweed La..”, Lelaki Dakwa Ditipu Sebab Beli Popia Inti Hangit, Namun Ramai Tak Percaya

Kategori:
POPIA INTI HANGIT

Ramadan tahun ini menjadi peluang bagi ramai orang mencari rezeki sampingan dengan menjual pelbagai makanan dan minuman di bazar ramadan. Sering dikunjungi, peniaga dapat sedikit sebanyak menjana pendapatan.

Tapi kebelakangan ini, pelbagai aduan telah dikemukan oleh pelanggan bazar ramadan di media sosial. Ramai yang berasa tertipu dan menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak jujur dan menjual makanan dan minuman yang tidak berkualiti.

Perkara itu semestinya undang rasa tidak berpuas hati di kalangan pelanggan. Nampaknya ia masih lagi menjadi hal yang berterusan apabila seorang lelaki turut berkongsi kejadian yang sama yang telah menimpa pada dirinya.

Dakwa Ditipu Peniaga Sebab Terbeli Popia Inti Hangit

Berkongsi kekecewaannya menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok, seorang lelaki berasa terkedu apabila ada peniaga yang sanggup bertindak tidak jujur dan telah menjual padanya popia inti hangit. POPIA INTI HANGIT

Membeli di bazar ramadan yang berhampiran, popia itu dibeli untuk dijadikan santapan ketika berbuka puasa. Namun bila dicuba, dia berasa terkejut bila ia mempunyai rasa yang agak pahit. POPIA INTI HANGIT POPIA INTI HANGIT

Diperiksa, lelaki itu terkejut melihat intinya yang kehitaman dan sudah hangit. Hal ini membuatnya berasa kecewa dan berasa seperti ditipu. Tambahnya, dia turut memohon agar para peniaga tidak menipu pelanggan sehingga sanggup menjual sebegini.

@azmansare Putus selera😭#peniagabazar #ramadan ♬ suara asli – 𝐃𝐒𝐝𝐒𝐀_π…πšπ›π«πžπ πšπ¬ – 𝐃𝐒𝐝𝐒𝐀 π…πšπ›π«πžπ πšπ¬

Namun bila menjengah di ruangan komen, orang ramai berasakan dakwaan lelaki itu tidak benar. Malah, mereka menyangka bahawa hal itu tidak logik dan memberitahu inti yang dibeli merupakan inti rumpai laut yang sememangnya mempunyai warna yang lebih gelap.

“Mesti Seaweed Ni..” POPIA INTI HANGIT

Tak puas hati dengan komen orang ramai, lelaki itu kemudian memuat naik satu lagi video. Yakin bahawa dia tidak salah dan telah terbeli popia inti hangit dan bukannya inti rumpai laut seperti yang diberitahu orang ramai, dia kembali ke gerai peniaga itu dan bersemuka tentang hal itu.

Memberitahu perkara itu pada peniaga, peniaga tersebut memaklumkan bahawa mereka tidak menjual popia inti rumpai laut dan dia akur kesilapan dari pihak mereka.

Tambahnya, kuih-kuih yang dijual di gerainya bukannya disediakan oleh dirinya tapi pihak lain yang menumpang untuk menjual kuih-muih di situ. Oleh kerana kesilapan pihak lain, peniaga itu pula perlu menanggung rugi dan malu.

Sedar ia bukan kesalahan sepenuhnya dari pihak peniaga, lelaki itu memaafkan peniaga dan memohon pihak vendor lebih berhati-hati.

Berjumpa Dengan Peniaga Untuk Dapatkan Penjelasan

@azmansare

Reply to @nameera287 kak..saya dah mkn dlu baru post..seaweed bukan rasa arangπŸ˜…xpe..akak ni dah jawab..terima kasih kak..so..vendor hati2 lah ye nk letak kuih kat gerai org..

♬ Ku Ikhlaskan – Dato Seri Vida

@azmansare Reply to @nameera287 ♬ Ku Ikhlaskan – Dato Seri Vida

Kesian juga peniaga yang perlu menanggung akibat gara-gara kesalahan pihak lain. Lain kali bila ingin menjual, janganlah fikirkan keuntungan semata-mata. Sampai popia inti hangit pun sanggup dijual.

Semoga perkara ini menjadi satu pengajaran untuk kita semua lebih berhati-hati, tak kira pelanggan ataupun peniaga.

Kredit: azmansare

Baca Juga: Niat Nak Berbuka Puasa Di Kedai, Tapi Terkejut Bila Jumpa β€˜Sesuatu’ Di Dalam Hidangan Siakap Yang Dipesan

tags: | |