Pelakon dan pelawak Bell Ngasri memutuskan untuk menjual sambal yang dinamakan dengan jenama Sambell untuk berkongsi rasa sambal yang sedap keluarannya sendiri bersama masyarakat dan peminat.
Bell atau nama sebenar Nasrizal Ngasri, 44 berkata, keluaran produk ini juga membuktikan bahawa tiada pekerjaan yang tidak bagus selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan cara yang halal.
“Selain ingin berkongsi rasa sambal keluaran sendiri dengan peminat dan masyarakat, saya juga ingin membuktikan bahawa jika kita ikhlas dan percaya dengan rezeki yang datang dari Tuhan, pasti Tuhan akan permudahkan.
“Jangan segan untuk bekerja keras asalkan ia pekerjaan yang halal dan bawa baik kepada semua,” katanya apabila ditanya tentang tujuan asal menjual produk sambal.
Pemenang Bintang Paling Popular di Acara Anugerah Bintang Popular BH 35 tahun lalu itu tidak sabar dan teruja untuk melancarkan produk Sambell pada bulan ini dan bersyukur kerana hajatnya tercapai.
Kata pelakon yang dikenali dengan tagline ‘Yak Yak Yeay!’ itu, di samping selalu berkongsi tentang watak Barkoba yang memberi kegembiraan kepada rakyat Malaysia, dia juga ingin menyebarkan kegembiraan melalui makanan Sambell.
“Makanan biasanya memberi kegembiraan kepada manusia. Jadi selain daripada menghiburkan masyarakat dengan membawa watak Barkoba dalam 16 Puasa, saya juga ingin berkongsi kegembiraan dalam makanan Sambell untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Jika pembaca ingin mencuba Sambell mantap yang dibawakan oleh Barkoba ‘Yak Yak Yeay’ ini, bolehlah dapatkan di pautan di bawah dan rasai sendiri kenikmatannya.
Makan dengan nasi panas-panas bersama lauk tambahan, memang sedap tak tertahan!
Beli di sini 👉 https://sambell.bcl.my/form/SambalGepuk
Facebook 👉 https://www.facebook.com/profile.php?id=61567052534533
Instagram 👉 https://www.facebook.com/profile.php?id=61567052534533
TikTok 👉 https://www.tiktok.com/@sambellsbrand?lang=en