Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anda Berpeluang Dapat Baucer Ekstra Sebanyak RM125 Jika Anda Tebus RM50 ePENJANA Dengan GrabPay!

Anda Berpeluang Dapat Baucer Ekstra Sebanyak RM125 Jika Anda Tebus RM50 ePENJANA Dengan GrabPay!

Kategori:
ePENJANA grabpay

Seperti yang diketahui umum, Malaysia kini heboh dengan ePENJANA yang di lancarkan oleh pihak kerajaan. ePENJANA ini merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu merangsang ekonomi. Memandangkan sekarang kita di galakkan untuk menggunakan kaedah contactless payment. Pasti sudah ramai yang menebus atau menuntut ePENJANA RM50 ini kan?

Mesti ramai yang tengah riang gembira sebab dapat RM50 secara percuma ini? Yela bukan senang nak dapat duit free macam ni. Lepastu macam-macam boleh beli dengan duit tu. Bagi yang belum menebus lagi, anda boleh gunakan GrabPay. Apa yang menarik apabila anda menggunakan GrabPay adalah anda boleh tebus baucer ekstra sebanyak RM125!

Cara mendapatkan ePENJANA RM50 daripada Grab Pay

Apa yang anda perlu lakukan adalah :

  1. Muat turun dan daftar sebagai pengguna di MySejahtera Apps.
  2. Tuntut RM50 ePENJANA dari aplikasi Grab (Pastikan aplikasi Grab korang tu versi V5.107.1 keatas untuk IOS dan V5.107.0 untuk Android ke atas)
  3. Kemudian anda ikut je proses penebusan tu di aplikasi Grab.
  4. Wang tersebut akan dikreditkan ke akaun anda dalam masa 5 hari bekerja ( Tapi ada je yang dapat cepat)

Dan ePENJANA ini adalah untuk warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan dengan pendapatan tahunan kurang dari RM100,000.

Tebus ePENJANA RM50 dan dapatkan ekstra RM50 dari GrabPay sekarang!

Apabila anda menggunakan GrabPay, ianya sama sahaja seperti e-wallet yang diberi oleh pihak kerajaan sebelum ini. Anda boleh gunakan duit tersebut dimana sahaja tetapi anda tidak boleh pindahkan duit tersebut dari satu akaun ke satu akaun yang lain.

Anda juga boleh memenangi bonus mingguan baucer-baucer yang bernilai RM75 setelah anda menggunakan e PENJANA RM50 melalui dompet Grabpay dan membuat transaksi dengan menggunakan sebarang perkhidmatan Grab seperti GrabRide, GrabMart, GrabFood dan GrabExpress.

Kalau minggu ini anda tak memang, jangan sedih sebab setiap minggu akan ada pemenang yang berbeza. Dan ianya juga tidak terhad kepada transaksi online sahaja , anda boleh gunakan GrabPay ini untuk pembayaran di mana-mana kedai yang terlibat.

Nikmati potongan harga yang berbaloi dengan GrabPay!

Sekiranya anda tuntut dengan Grabpay ianya sangat berbaloi kerana semuanya akan berbalik kepada anda. Anda boleh dapatkan 3X mata ganjaran GrabRewards di mana points tu anda boleh gunakan untuk melancong, membeli belah, makan dan macam-macam lagi.

Apa yang lebih menarik lagi adalah anda juga boleh menikmati harga promo dengan Grabpay. Kedai yang anda boleh gunakan untuk promo tersebut ialah MBO, Cake Rush, Zalora dan macam-macam lagi. Best sangat!

Jadi tunggu apa lagi, yang mana belum tuntut lagi tu boleh tuntu ePENJANA RM50 dengan GrabPay sekarang!

 

tags: |