Di luar sana, tak semua orang mempunyai kehidupan yang penuh kesenangan. Malah, semenjak pandemik wabak Covid-19 melanda dunia, ramai yang telah terkesan dan kehilangan sumber pendapatan. Akibatnya, ramai yang terpaksa berlapar dan mengharapkan belas kasihan insan lain bagi meneruskan kehidupan.
Bagi kita yang mampu, tidak salah pun jika kita bersedekah dan menghulurkan sedikit bantuan. Malah, bukan sahaja pada manusia, bersedekah dan membantu haiwan terbiar turut digalakkan kerana mereka turut mengharapkan belas kasihan manusia bagi mengisi perut.
Di laman TikTok, seorang pengguna, nurul.hafizah96, memuat turun sebuah pendek yang memaparkan niat mulia suaminya yang telah membeli ayam goreng untuk diberikan pada seekor kucing.
Oleh kerana berasa kasihan, lelaki itu telah meletakkan makanan tersebut di hadapan kucing tersebut. Sejurus itu, dia terus bergerak untuk meninggalkan kucing itu. Namun, apabila ditoleh belakang, apa yang terjadi teramat mengejutkan sehingga lelaki itu tidak mampu menahan gelak.
Setelah meninggalkan haiwan itu, ayam goreng tersebut telah ‘disambar’ oleh seorang lelaki yang lantas laju memakannya. Mungkin kerana lapar, dia sanggup ‘berebut’ makanan dengan kucing tersebut.
@nurul.hafizah96 #CapCut Tengok sampai habis apa yang terjadi 🥺
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
@nurul.hafizah96 #CapCut ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod
Di ruangan komen, suami pengguna tersebut mengambil peluang untuk menjelaskan perkara yang terjadi selepas rakaman tersebut.
Tidak sampai hati melihat lelaki itu kelaparan, pasangan suami isteri tersebut berpatah balik dan membelikan makanan dan air buatnya.
Tindakan suami isteri itu yang tidak keberatan untuk bersedekah pada haiwan dan lelaki tersebut berjaya menyentuh perasaan orang ramai. Terharu, mereka mendoakan supaya mereka terus dimurahkan rezeki.
Meskipun tindakan lelaki tersebut salah kerana telah ‘mencuri’ rezeki kucing itu, namun kita tidak berada di tempatnya.
Mungkin terlalu lapar dan buntu, dia terpaksa bertindak sedemikian. Sedih juga bila dikenangkan, nasib baik dia ditemukan dengan pasangan tersebut yang telah menyedekahkan makanan.
Kredit: TikTok nurul.hafizah96