Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Rupanya Ramai Yang Keliru & Tak Tahu Beza Daun Sup Dengan Daun Ketumbar. Lain Kali Ikut Cara Ini Untuk Elak Tertukar Lagi

Rupanya Ramai Yang Keliru & Tak Tahu Beza Daun Sup Dengan Daun Ketumbar. Lain Kali Ikut Cara Ini Untuk Elak Tertukar Lagi

Kategori: ,
Beza Daun Sup Dengan Daun Ketumbar

Daun sup dan daun bawang ketumbar merupakan bahan yang sering digunakan dalam masakan, terutamanya sebagai bahan hiasan. Ia menjadi pelengkap dan memberi rasa dan aroma pada mana-mana hidangan.

Walaupun kelihatan sama, tapi daun sup dan daun ketumbar ada perbezaannya dari segi aroma dan rasa. Namun, masih ramai yang tertukar, akhirnya bila diguna dalam masakan jadi tak sesuai.

Rupanya Ramai Yang Keliru Dan Tak Tahu Beza Daun Sup Dengan Daun Ketumbar. Lain Kali Ikut Cara Ini Untuk Elak Tertukar Lagi

Jadi bagi membantu anda, di sini kami ingin berkongsi cara paling mudah untuk bezadaun sup dengan daun ketumbar oleh lurveain_.

Jika anda sering ke pasaraya, daun ketumbar selalunya akan diletakkan di sebelah daun sup jadi ini akan menyukarkan pembeli untuk membezakan keduanya. Beza Daun Sup Dengan Daun Ketumbar

Selain dari bau, anda juga boleh melihat pada akar daun sup dan daun ketumbar.

Daun sup biasanya mempunyai akar bersaiz kecil dan berserabut.

Manakala untuk daun ketumbar pula, akarnya bersaiz besar dan seakan akar tunjang. Boleh rujuk pada gambar di bawah untuk lihat perbezaannya. Beza Daun Sup Dengan Daun Ketumbar

Selain dari itu, batang dan daun keduanya sangat berbeza. Daun sup mempunyai batang yang lebih panjang dan daun yang lebih lebar tapi jarang berbanding dengan daun ketumbar. Beza Daun Sup Dengan Daun Ketumbar

Lihat pada video di bawah untuk penjelasan yang lebih lanjut.

@lurveain_

Selalu dah sampai rumah time nak potong tu baru perasan. Aishhh lain macam bau dia. Skrg tengok pun dah tau 🫢 #mompreneurlife #masakdirumah #fyp

♬ Made You Look – Meghan Trainor

@lurveain_ Selalu dah sampai rumah time nak potong tu baru perasan. Aishhh lain macam bau dia. Skrg tengok pun dah tau 🫢 #mompreneurlife #masakdirumah #fyp ♬ Made You Look – Meghan Trainor

Memang daun sup dan daun ketumbar kelihatan sama tapi ia digunakan dalam lain jenis masakan. Jadi, jangan mudah tertukar dan ikut sahaja cara ini lain kali supaya kesilapan itu tidak selalu berlaku.

Kredit: lurveain_

Baca Juga: Nak Buka Kedai Kopi Tapi Tak Tahu Cara Bagaimana? Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Niaga Kopi Untuk Starter!

tags: | |