Ada banyak jenis coklat yang dijual di pasaran. Salah satu jenama yang pasti semua tahu iaitu Beryl’s Chocolate. Namun jika anda perhatikan, coklat yang di jual di pasaran mempunyai banyak jenis. Kegunaannya juga berbeza untuk setiap jenis makanan yang ingin dibuat.
Diantara jenis-jenis coklat yang biasa digunakan jika ingin membuat biskut atau kek adalah coklat masakan, dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Namun, apa beza jenis-jenis coklat ini? Baca perkongsian ini sampai habis.
Biasanya semua bakery ada jual. Dibungkus semula mengikut jenama bakery masing-masing. Kalian kena pandai memilih rasa coklat yang berlemak dan kurang manis kerana ada sesetengah bakery, coklat yang dijual lebih kepada manis gula tapi kurang coklat.
Kegunaan coklat masakan adalah untuk membuat coklat ganache untuk topping kek coklat dan salutan pada biskut. Untuk coklat ganache kek, pilih yang berlemak kurang manis supaya kek menjadi lembap (moist).
Untuk biskut, pilih coklat masakan yang kurang lemak supaya coklat cepat mengeras. Nak guna yang berlemak pun boleh untuk salutan biskut terutamanya untuk biskut almond london tetapi ambil masa sedikit nak keras.
Kebiasaannya, warna untuk coklat yang berlemak adalah kehitaman. Untuk yang kurang lemak, warna coklat.
Untuk jenama Beryl’s, dark coklat lebih dikenali dengan dark compound. Ada dua jenis bentuk yang dijual iaitu dalam bentuk bar dan coins. Jenis coklat ini juga sesuai untuk ganache kek. Tapi tak sesuai untuk salutan pada biskut kerana coklat lambat kering. Sesuai juga untuk membuat brownies kerana ada rasa sedikit pahit tapi tetap berlemak.
Fungsi milk coklat lebih kurang dengan dark coklat. Cuma rasa milk coklat ini lebih manis dan warna coklatnya lebih lembut. Jenis coklat ini sesuai untuk membuat choco jar.
White coklat ini berperisa susu dan berwarna putih. Sesuai digunakan sebagai mouse dalam layer kek dan juga sesuai sebagai drizzle atas biskut.
Semua jenis coklat perlu dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler. Bukan secara langsung di atas api untuk mengelakkan coklat menjadi keras. Coklat juga perlu disimpan di suhu bilik, bukan di dalam peti ais kerana coklat akan cepat rosak.
Jika nak simpan dalam tempoh yang lama dengan cuaca rumah yang panas, masukkan coklat di dalam bekas kabus putih yang orang letak ikan tu. Ada jual di bakery.
Coklat bentuk coin lebih mudah untuk dicairkan, tak perlu dipotong-potong. Tetapi coklat bar lebih tahan lama jika disimpan di suhu bilik.
Kredit: Zuraini Alias