Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nak Marah Pun Benda Dah Jadi..” – Gara-Gara Biar Anak Main Seorang Diri Di Dapur, Lelaki Ini Kesal

“Nak Marah Pun Benda Dah Jadi..” – Gara-Gara Biar Anak Main Seorang Diri Di Dapur, Lelaki Ini Kesal

Kategori:
Biar Anak Main Seorang Diri

Di usia yang masih kecil, anak-anak akan teruja dan sangat berminat untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Namun mereka akan lebih cenderung untuk terdedah pada pelbagai bahaya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan sentiasa memantau aktiviti mereka supaya anak-anak kekal selamat. Jika terlepas pandang sekejap, ada sahaja sesuatu yang akan berlaku.

“Nak Marah Pun Benda Dah Jadi..” – Gara-Gara Biar Anak Main Seorang Diri Di Dapur, Lelaki Ini Kesal

Seperti yang terjadi pada seorang bapa, ikmalchil yang sibuk dengan beberapa urusan dan terpaksa membiarkan anak lelakinya yang masih kecil sekejap seorang diri.

Dia yang tengah menyiapkan kerja tiba-tiba sahaja dipanggil oleh isterinya untuk lekas ke dapur. Melihat keadaan ruangan tersebut bersepah dengan satu guni beras ditumpahkan di atas lantai, lelaki itu terkejut. Biar Anak Main Seorang Diri

Habis beras menjadi mainan anak kecil itu, dia dan isterinya bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi marah. Sebaliknya, mereka dengan sabar sahaja melayan kerenah anak mereka.

Teruja dengan kehadiran kedua-dua ibu bapanya, anak kecil itu semakin riang bermain, melompat-lompat dan berguling dalam beras tersebut. Biar Anak Main Seorang Diri

“Ni dah kali kedua dah along. Dah dekat 10 kilo dah habis.”, katanya. Isterinya juga turut kesal kerana beras yang ditumpahkan merupakan beras yang baru sahaja dibeli. Biar Anak Main Seorang Diri

@ikmalchil

Semoga rezeki semakim bertambah sebab dah bahagiakan anak 😂 #fyp #fypage #fypdongggggggg #fypシ

♬ original sound – IkmalChil – IkmalChil

@ikmalchil Semoga rezeki semakim bertambah sebab dah bahagiakan anak 😂 #fyp #fypage #fypdongggggggg #fypシ ♬ original sound – IkmalChil

Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai berasa terhibur melihat gelagat anak itu. Kelihatan riang dan bahagia bermain, nasib baik lah mak dan ayah setia sahaja melayan kerenahnya.

Kelihatan Gembira Bermain, Ramai Kata Adik Ini Comel Biar Anak Main Seorang Diri Biar Anak Main Seorang Diri

Perkara ini sudah semestinya menjadi sesuatu yang biasa buat ibu bapa yang memiliki anak-anak yang masih kecil. Oleh itu, mereka perlu juga bersedia dan bersabar bila melayan telatah anak-anak.

Bila terjadi begini, ibu bapa juga disarankan untuk tidak memarahi anak-anak. Perkara itu akan meninggalkan kesan pada kesihatan mental mereka. Walaupun kita juga kerugian tapi yang penting anak-anak kelihatan bahagia dan seronok bermain.

Kredit: ikmalchil

Baca Juga: “Kalau Saya Dah Mengamuk Wei..” – Pesan Nasi Goreng Ketam, Wanita Ini Kecewa Bila Akhirnya Kena ‘Scam’

tags: | | |